ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KWSP UMUM DIVIDEN 6.75% BAGI TAHUN 2014

Sunday 8 February 2015

KWSP UMUM DIVIDEN 6.75% BAGI TAHUN 2014

kwsp

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 6.75 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, meningkat berbanding 6.35 peratus pada 2013.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata bayaran dividen itu berjumlah RM36.66 bilion, berbanding RM31.2 billion pada 2013.

Dana simpanan persaraan terbesar negara itu juga mencatatkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM39.08 bilion bagi 2014, meningkat 11.66 peratus berbanding RM35 bilion pada 2013, dipacu terutamanya oleh ekuiti dalam pasaran domestik dan global, katanya.

“Pelaburan luar negara menyumbang 33 peratus daripada jumlah pendapatan 2014 walaupun hanya 23 peratus daripada jumlah aset KWSP,” katanya.

Kelas aset mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM22.91 bilion, peningkatan sebanyak 17.37 peratus berbanding RM19.52 bilion pada 2013, dan menyumbang 58.63 peratus kepada jumlah pendapatan pelaburan kasar pada 2014.

Pinjaman dan bon menyumbang RM7.57 bilion dalam pendapatan, berbanding dengan RM7.51 bilion pada tahun 2013.

Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Bon Sama Taraf mencatatkan RM6.59 bilion dalam pendapatan, meningkat 6.14 peratus berbanding RM6.21 bilion pada 2013.

Instrumen Pasaran Wang mencatatkan pendapatan sebanyak RM619.65 juta

Hartanah dan infrastruktur menyumbang RM1.39 bilion dalam pendapatan pelaburan pada 2014, berbanding dengan RM1.14 bilion pada tahun sebelumnya.

Setakat 31 Disember 2014, aset pelaburan KWSP berjumlah RM636.53 bilion, naik 7.91 peratus daripada RM589.87 bilion pada 2013.

Beliau berkata maklumat mengenai dividen 2014 boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP di ‘Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,’ Twitter di KWSPBuzz dan YouTube ‘KWSP Malaysia.’

Menurut Samsudin penyata akaun yang dikreditkan dividen, boleh disemak secara online melalui i-Akaun di laman web myEPF www.kwsp.gov.my, selain boleh didapati dari kios KWSP atau cawangan KWSP berdekatan mulai esok, 8 Februari.

No comments:

Post a Comment