ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: Kes Liwat II
Showing posts with label Kes Liwat II. Show all posts
Showing posts with label Kes Liwat II. Show all posts

Monday, 2 March 2015

IBU SIRUL DAN MAHFUZ OMAR BERLEPAS KE AUSTRALIA


SEPANG - Ibu Sirul Azhar Umar, Piah Samad malam ini berlepas ke Australia dengan harapan untuk bertemu dengan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu yang kini dilapor ditahan di sebuah pusat Imigresen di Sydney.
   
Piah, 73, yang berkerusi roda ditemani anak perempuannya Noriatin Umar, 36, serta lima individu lain termasuk Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar.
   
Ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Piah dan Noriatin memilih untuk berdiam diri, sebaliknya maklumat mengenai perjalanan ke Sydney itu dinyatakan oleh Mahfuz.
   
Menurut Mahfuz, mereka semua akan berada di Sydney sehingga 6 Mac ini.
   
Katanya antara barang yang dibawa, sepasang kasut sukan bersaiz lapan yang dibuat atas permintaan Sirul Azhar sendiri.

Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.
   
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.
   
Bagaimanapun, pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.
   
Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana berada di Australia. Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
   
Pada 16 Januari lepas, media tempatan memetik laporan akhbar Sydney Morning Herald berkenaan kerajaan Australia yang tidak akan memenuhi permohonan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi Sirul Azhar.
   
Ini berikutan ia melibatkan hukuman mati dan Australia merupakan antara negara yang tidak memperuntukkan hukuman itu dalam undang-undangnya. - Bernama

Friday, 27 February 2015

ISU PENGAMPUNAN ANWAR : TIADA SIAPA BOLEH PERSOAL KEPUTUSAN AGONG

KUALA LUMPUR: Tiada siapa berhak mempersoalkan keputusan yang akan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong berhubung petisyen pengampunan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata sama ada keputusan yang akan dibuat kelak memihak Ketua Pembangkang itu atau tidak, semua pihak perlu menghormatinya.

"Institusi raja dibenarkan oleh Perlembagaan untuk mendengar dan membuat keputusan berkaitan petisyen pengampunan yang dibuat oleh seseorang individu. Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicaranya tersendiri.

"Apabila keputusan telah dibuat, mana-mana pihak tidak boleh persoalkannya. Adalah tidak adil untuk dipertikaikan," katanya kepada Bernama pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong pada Selasa berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anggota Parlimen Permatang Pauh itu.

Pada 10 Feb, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar dan mengekalkan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Nik Ahmad Kamal, yang juga Penasihat Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata petisyen pengampunan hanya boleh dikemukakan selepas seseorang individu itu melalui semua proses perundangan di negara ini.

Beliau berkata lazimnya petisyen pengampunan yang dikemukakan seseorang individu bertujuan mengurangkan hukuman atau menghapuskan terus hukuman ke atas dirinya.

"Bagaimanapun ia bergantung kepada petisyen pengampunan itu sama ada mahu hukuman dikurangkan atau dihapuskan hukuman," katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata sekiranya petisyen pengampunan itu diluluskan, ia membolehkan Anwar kembali aktif dalam politik sekaligus mengenepikan larangan berpolitik selama lima tahun selepas disabitkan bersalah oleh mahkamah.
Astroawani

Thursday, 12 February 2015

KES LIWAT II : ADAKAH ANWAR AKAN MOHON PENGAMPUNAN DIRAJA ???


Dalam tempoh 14 hari dari tarikh mahkamah jatuh hukum salah meliwat Saiful Bukhari Azlan atau lebih tepat lagi sehingga 24 Februari ini... Datuk Seri Anwar masih Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang.
Bagaimanapun, selepas itu selaras dengan perenggan (a) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan kedudukannya sebagai MP dan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat akan terlucut.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau mengambil maklum akan penghakiman Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015 yang mengekalkan hukuman pemenjaraan selama lima tahun sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Anwar atas kesalahan jenayah meliwat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
"Merujuk kepada penghakiman tersebut, kehilangan kelayakan YB Permatang Pauh sebagai ahli Parlimen hendaklah dibuat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan Khamis.
Namun, katanya sekiranya Anwar memfailkan petisyen bagi suatu pengampunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Persekutuan, kehilangan kelayakan berkenaan hanya akan mula berkuat kuasa sebaik petisyen itu diputuskan sebagaimana diperuntukkan di bawah perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, Pandikar Amin berkata beliau hanya boleh mengemukakan pemberitahuan mengenai kekosongan kerusi parlimen itu sebaik sahaja kehilangan kelayakan Anwar sebagai Anggota Parlimen mula berkuat kuasa mengikut Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Ini bermakna jika Anwar mohon pengampunan Diraja beliau akan kekal Ahli Parlimen sehingga permohonan itu diterima atrau ditolak diputuskan.

Persoalannya sekarang apakah Anwar akan minta pengampunan diraja terhadap keputusan beliau bersalah meliwat Saiful.
Sumber dalaman PKR mendakwa dia tidak fikir Anwar tidak akan berbuat demikian.

Katanya ini kerana permohonan pengampunan dengan sendirinya macam sudah mengaku benar meliwat.

"Masa sabitan Anwar Ibrahim liwat pertama ada usaha untuk persembahkan rayuan ampun kepada Yang Dipertuan Agong oleh kelompok tertentu tetapi ditolak oleh Anwar...",katanya.
Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.
Keputusan itu disampaikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim.
Ketua Pembangkang itu kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Credit : AgendaDaily

Wednesday, 11 February 2015

POLIS TAHAN ZUNAR BAWAH AKTA HASUTAN


Kuala Lumpur – Kartunis, Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, telah ditahan polis kira-kira jam 9.00 malam tadi di kediamannya, dipercayai di bawah Akta Hasutan 1948.

“Lima pegawai polis datang… mereka ke sini untuk menahan Zunar dan membawanya ke IPD Dang Wangi.

“Yang tiga pegawai kanan itu sangat sopan, dan meminta ‘Abang’ membawa ubat-ubatan serta bajunya sekali. Abang ditahan kerana Twitternya,” kata isteri Zunar, Faszt Alin Adan di laman Facebooknya.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitternya, telah mengarahkan pihak polis menyiasat Zunar kerana memuatnaik tweet yang dikatakan berbaur hasutan.

Selain Zunar, Khalid turut mengarahkan siasatan dilakukan ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di bawah Akta Hasutan kerana memburukkan sistem kehakiman negara.

Beliau telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) menyiasat sebuah tweet oleh Rafizi, petang tadi.

Beberapa jam sebelum itu, beliau turut mengeluarkan arahan supaya Ahli Parlimen Taiping (DAP), Nga Kor Ming disiasat di bawah akta yang sama kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di Twitter.

Kesemua tweet yang disiasat itu dipercayai reaksi individu-individu tersebut berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, 67, telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam itu.
AstroAwani

Tuesday, 10 February 2015

KES LIWAT II : ANWAR MASUK PENJARA SUNGAI BULOH


Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat masih enggan menyerah kalah apabila melaungkan 'reformasi' sebaik kenderaan yang membawa pemimpin pembangkang itu keluar dari kawasan Istana Kehakiman di sini untuk ke Penjara Sungai Buloh.


Kenderaan dengan pasukan pengiring itu keluar pada pukul 2.59 petang menerusi pintu belakang kompleks mahkamah itu.

Konvoi pasukan keselamatan bersiap sedia untuk mengiringi kenderaan yang membawa Anwar ke Penjara Sungai Buloh
.

Anwar dibawa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail ke penjara susulan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya.

Mahkamah sama juga mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap ketua pembangkang itu sebelum ini kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dengan keputusan ini...

"YA ALLAH, KEPADAMU KU BERSUJUD..." - SAIFUL BUKHARI AZLAN


“Berkat doa, istiqamah dan sabar selama tujuh tahun, pada hari ini, Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar, dan saya seorang saksi yang ‘credible’,” kata bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata, dia dan keluarganya menghormati keputusan yang diputuskan mahkamah hari ini.

“Seawal tujuh tahun dulu, dari mula saya membuat laporan polis hinggalah ke saat ini, apa yang saya mahukan sebagai pengadu dan rakyat di negara ini adalah aduan saya keatas perlakuan Anwar Ibrahim keatas saya disiasat dan diadili, tidak lebih dari itu.

“Juga sebagai hamba ALLAH yang tidak sempurna ini, saya menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal diakhirat nanti,” katanya yang dipetik blog peribadinya mohdsaifulbukhari.blogspot.com

Katanya, yang pasti, apa yang penting kini, saya dan keluarga kehadapan.

“Saya berdoa semoga ALLAH SWT terus memberi perlindungan, rezeki dan kemudahan dalam segala urusan saya.

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya secara langsung atau tidak langsung selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya,” katanya.

AKTA HASUTAN : KPN @KBAB51 ARAH @PDRMsia AMBIL TINDAKAN TERHADAP NGA KOR MING


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata pihak polis akan mengambil tindakan terhadap Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Khalid melalui laman twitter menyifatkan tindakan Kor Ming itu seperti sengaja mengundang tindakan diambil terhadapnya.

“Orang di bawah (Nga Khor Ming) ini sengaja mengundang tindakan @PDRMsia. Kita Akan ambil tindakan di bawah Akta Hasutan” ujarnya sebentar tadi.

Akta Hasutan 1948 memperuntukkan hukuman denda atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan

Terdahulu Ahli Parlimen Taiping itu memuat naikkan status di laman media sosialnya menyeru orang ramai menentang kerajaan.

“Rakyat berdoa untuk DS Anwar tetapi tidak kesampaian.

“Sudah tiba masa rakyat menentang rejim yang Zalim” ujarnya di laman Facebbok dan Twitter sebentar tadi.

Tindakan Kor Ming itu kemudianya dikecam kerana cuba menghasut orang ramai untuk menwujudkan keadaan huru-hara.

KES LIWAT II : ANWAR DIDAPATI BERSALAH, HUKUMAN LIMA TAHUN KEKAL


Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar Ibrahim. Keputusan itu disampaikan pada jam 2.05 petang tadi. 



Turut sama bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali, yang mendengar rayuan Anwar pada November tahun lepas.

Keputusan itu sekaligus menyebabkan Anwar lucut kelayakkan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

SAIFUL TERIMA BAIK KEPUTUSAN MAHKAMAH


PUTRAJAYA: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima baik keputusan Mahkamah Persekutuan, sebentar tadi.

Berita mengenai penghakiman itu disampaikan peguam pemerhati Mohd Saiful, Zamri Idrus melalui panggilan telefon.

"Mohd Saiful menyambut baik keputusan yang berpihak kepadanya itu dan saya sudah menghubungi beliau untuk memaklumkan perkara berkenaan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Ditanya mengenai sabitan penjara yang akan dikenakan terhadap Anwar, beliau berkata, perkara itu terletak pada budi bicara mahkamah.

"Mengenai tempoh, ..pendakwaan cuma mohon ditambah hukuman sahaja," katanya.
BH Online

KENYATAAN KERAJAAN MALAYSIA MENGENAI SABITAN KESALAHAN ANWAR IBRAHIM


Kerajaan Malaysia mengeluarkan satu kenyataan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mensabitkan kesalahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu beliau. 

Kenyataan itu memetik seorang jurucakap kerajaan sebagai berkata:


"Hakim-hakim berkenaan membuat keputusan mereka hanya setelah menimbang semua bukti secara berimbang dan objektif. Malaysia mempunyai badan kehakiman yang bebas dan sebelum ini terdapat banyak juga keputusan yang membawa hukuman terhadap tokoh kerajaan.
"Laporan polis terhadap Anwar Ibrahim dibuat seorang individu secara peribadi - pekerja dan pembantu peribadi Anwar – bukan oleh kerajaan. Sebagai mangsa serangan seksual yang serius, dia berhak membawa kesnya ke mahkamah.
"Dalam kes ini, semua proses dilaksanakan dengan lengkap dan komprehensif, yang memakan masa beberapa tahun. Proses itu kini selesai dan kami menyeru semua pihak terbabit supaya menghormati proses undang-undang dan keputusan penghakiman." - BERNAMA

KES LIWAT II : LINTAS LANGSUNG DARI ISTANA KEHAKIMAN

 

BERIKUT merupakan lintas langsung dari Istana Kehakiman di Putrajaya pada pagi Selasa berhubung keputusan rayuan kes liwat kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim:

Peguam bela Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram mohon mahkamah ditangguh kepada 1 tengah hari untuk kemuka rayuan ringankan hukuman.

12.23: Keputusan belum diumumkan

12.22: Hakim tolak rayuan Anwar 

10.44: Keputusan sedang dibacakan

10.20: Penyokong mangsa dalam kes liwat tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan tiba di luar Istana Kehakiman

10.13: Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad memulakan ucapan kepada penyokong di luar Istana Kehakiman.

10.12: Prosiding bermula

9.10: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hadir ke mahkamah. Beliau kemudiannya dibenarkan masuk ke kamar mahkamah.

9.05: Anwar masuk ke kamar Mahkamah Persekutuan.

9.00: Anwar tiba di komleks Istana Kehakiman diiring isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut kelihatan anak sulung Anwar, Nurul Izzah Anwar.

8.43: Pergaduhan di kalangan penyokong

8.28: Penyokong Anwar berarak dari Masjid besi ke Istana Kehakiman.

8.15 pagi: Beberapa kumpulan kecil penyokong Anwar mula memenuhi bahagian luar Kompleks Mahkamah Persekutuan.

8 pagi: Berlaku pertengkaran kecil di antara seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai bekas pelajar universiti dengan penyokong Anwar. Keadaan bagaimanapun terkawal.

7.50 pagi: Pihak media dibenarkan masuk ke dalam Mahkamah Persekutuan.

7.10 pagi: Ketibaan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

7 pagi: Kompleks Istana Kehakiman mula dipenuhi pihak media.

NASIB ANWAR DITENTUKAN PAGI INI


PUTRAJAYA - Keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan bersalah tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari, lapan tahun lalu akan diumumkan pagi ini oleh Mahkamah Persekutuan.

Keputusan itu dibuat oleh panel hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Turut sama bersidang Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Raus Sharif; Hakim Mahkamah Persekutuan,  Tan Sri Abdul Hamid Embong; Tan Sri Suriyadi Halim Omar; Datuk Ramly Ali.

Anwar, 68, sebelum ini mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkannya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari.

Sebelum ini, pendengaran hujahan rayuan berlangsung selama lapan hari bermula 28 Oktober 2014.

Anwar diwakili 14 barisan peguam yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram selepas lapan hari mendengar perbicaraan rayuan.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pihak pendakwa raya.

Pada 9 Januari 2012 , Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Pada 7 Mac tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mendapati Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersalah.

7.50 pagi - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuju ke Mahkamah Persekutuan, Putrajaya dari rumahnya di Bukit Segambut dengan diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anaknya, Nurul Izzah dan cucu-cucunya.

8.10 pagi - Lebih 300 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berarak ke Istana Kehakiman sambil melaungkan slogan reformasi.

8.20 pagi - Pihak media mula mengambil tempat di kamar mahkamah.

8.31 pagi - Beberapa peguam Anwar mula memasuki kamar mahkamah termasuk Datuk Seri Gopal Sri Ram.

8.32 pagi - Peguam Mohd Saiful Bukhari Azlan, Zamri Idrus mengambil tempat. Beliau mengesahkan Mohd Saiful Bukhari Azlan dan keluarganya tidak hadir mengikuti prosiding.

8.58 pagi - Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak sebagai Ketua Pendawa tiba di dewan mahkamah.

9.00 pagi - Kelihatan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memasuki perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya

9.02 pagi - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah memasuki kamar. Turut diiringi ahli keluarganya, Nurul Izzah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.





Berikut adalah gambar suasana di perkarangan Kompleks Mahkamah, Putrajaya.
















KEPADA MACAI PAKATAN, TOLONG JAWAB ISU ANWAR NI !!!












KEPADA MACAI-MACAI !!! 
Tolong jelaskan 10 point yang telah dikeluarkan ini. Kalau korang boleh bagi fakta then Anwar patut bebas pagi ini, kalau tak boleh jawab maka...
LU FIKIR LA SENDIRI!