ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KANAK-KANAK 10 TAHUN MAUT DIREMPUH MPV

Friday 6 February 2015

KANAK-KANAK 10 TAHUN MAUT DIREMPUH MPV


Kota Bharu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut selepas dirempuh sebuah MPV dan diseret sejauh 50 meter dalam kejadian di Kampung Tapang, di sini, 3.00 petang tadi. 

Kejadian berlaku ketika Muhammad Farhan Nazim melintas jalan dari rumahnya.

Bagaimanapun, dia yang menunggang basikal dirempuh MPV jenis Nissan Grand Livina sebelum diseret sejauh 50 meter ke bahu jalan sebelah kiri.

Pemandu MPV itu turut melanggar gerai burger di bahu jalan, sebelum melarikan diri.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Mat Isa berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
hmetro



No comments:

Post a Comment