ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BAHAYA DARI LAUT

Friday 6 February 2015

BAHAYA DARI LAUT


Jika banjir besar yang melanda pantai timur Semenanjung baru-baru ini dianggap dahsyat, keadaan itu akan menjadi lebih teruk dalam beberapa dekad akan datang, demikian menurut sebuah badan penyelidikan.

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (Nahrim) berkata, banyak kawasan pantai sudah terjejas akibat kenaikan paras air laut dan beberapa kawasan di negara ini dijangka akan ditenggelami pada penghujung abad ini.

Data oleh Nahrim menunjukkan bahawa paras laut meningkat antara 0.2mm dan 4.4mm setiap tahun sejak 2010 disebabkan oleh perubahan iklim.

Ketua Pengarah Nahrim, Datuk Ahmad Jamalluddin Shaaban berkata ini boleh membawa kepada berlakunya banjir di pantai dan boleh menjejaskan lebih daripada lapan juta orang berdasarkan kiraan kiraan semasa.

"Kawasan-kawasan yang akan mengalami fenomena ketinggian paras laut adalah Kedah, Kelantan, muara Sungai Sarawak dan pantai timur Sabah iaitu antara 0.4 dan 1.1m," katanya kepada The Star.

Beliau berkata, Malaysia sangat terdedah kepada kenaikan paras laut dan menjadi kritikal terutama di kawasan-kawasan rendah seperti muara sungai.

Tawau akan menjadi kawasan yang paling teruk terjejas dengan unjuran kenaikan paras laut menjadi 1.064m lebih tinggi pada 2100.

Kudat, Lahad Datu, Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu akan menyaksikan paras laut meningkat sebanyak 3mm, 3.5mm, 3.6mm, 4.1mm dan 4.4mm setiap tahun.

Ahmad berkata paras laut lebih tinggi boleh membawa kepada perubahan kelajuan gelombang dan ketinggian yang boleh meningkatkan kadar hakisan pantai.
mStar

No comments:

Post a Comment