ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO BOMOH PERKOSA GURU TADIKA KETIKA BERUBAT TERSEBAR

Sunday, 8 February 2015

VIDEO BOMOH PERKOSA GURU TADIKA KETIKA BERUBAT TERSEBAR

Kuala Terengganu: Sudahlah penyakit dideritai tidak sembuh, menjadi mangsa rogol pula. demikian nasib seorang guru tadika ibarat sudah jatuh tangga apabila diperkosa bomah yang mengambil kesempatan ketika merawatnyakerana dipercayai terkena buatan orang.
Bomoh berusia 59 tahun dikenali sebagai Datuk F itu dikatakan mengambil kesempatan dalam bilik perubatan ketika mangsa tidak sedarkan diri selepas dijampi di rumahnya di Kampung Wakaf Tengah, di sini.
Difahamkan, penangan jampi serapah Datuk F menyebabkan mangsa tiba-tiba lemah dan membiarkan tubuhnya diratah sebelum dibenarkan pulang. Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan ke rumah bomoh itu yang kononnya memiliki kepakaran merawat pesakit terkena buatan orang. Katanya, mangsa yang percaya terkena buatan orang ke rumah bomoh itu sendirian untuk rawatan pada jam 10.30 malam, Ahad lalu.
“Mangsa yakin dengan kebolehan dan keikhlasan bomoh itu sehingga nekad pergi sendirian ke rumahnya tanpa memikirkan risiko,”.
Menurutnya, sebaik tiba di rumah Datuk F, mangsa dibawa msuk ke bilik perubatan sebelum diarahkanberbaring untuk memulakan rawatan. Katanya, bomoh itu membaca jampi serapah kononnya bagi memulakan proses rawatan yang didakwa menyebabkan mangsa khayal, tetapi menyedari setiap perbuatan serta gerak-geri bomoh itu tanpa mampu melawan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan, ketika ditemui mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang dibuat seorang wanita berusia 28 tahun dan bekerja sebagai guru tadika. “Suspek kini direman,” katanya. 
Sumber, Harian Metro

No comments:

Post a Comment