ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMUDA INI ADALAH PAKAR DALAM MENCARI MANGSA LEMAS

Saturday 6 December 2014

PEMUDA INI ADALAH PAKAR DALAM MENCARI MANGSA LEMAS

NAZRI (kanan) bersama rakannya Amir menunjukkan lokasi Lubuk Berhala 
Kuala Berang: "Lebih 20 mayat mangsa lemas saya temui ketika membantu pihak berkuasa dalam operasi mencari dan menyelamat di Lubuk Berhala, Air Terjun Belukar Bukit, di sini," kata Mohd Nazri Mat Sharif, 35, yang lebih popular dengan panggilan Nabong dalam kalangan penduduk setempat.

Menurutnya, setiap kali menyelam, dia mampu bertahan sehingga tiga minit untuk mencari mangsa lemas selain mampu bertahan dua hingga tiga jam berada di dalam air bagi membantu pihak berkuasa menjalankan operasi menyelamat.

Katanya, satu daripada lokasi di kawasan air terjun itu dinamakan 'Lubuk Berhala' berikutan mempunyai kisah yang kononnya terdapat berhala berbentuk seekor kucing di dalam lubuk itu.

"Kedalaman air di kawasan itu mencecah 10 meter dan amat berbahaya bagi pengunjung tidak pandai berenang berikutan di bawahnya berbentuk satu kawah besar.

"Selain itu, pusaran air di bahagian bawah lubuk berkenaan menjadi faktor mengakibatkan pengunjung cepat letih dan mudah tenggelam.
"Biasanya saya menyelam dan mencari mangsa lemas di bahagian hujung pusaran air kerana selalunya mayat berada di kawasan itu," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, baru-baru ini.
hmetro

1 comment:

  1. Moga Allah rahmati sedara Nabong dan rakan2 yg sentiasa membantu cari mangsa lemas. Hanya Allah yg mmpu balas sebaik kebaikan atas usaha mulia sedara Nabong dll... Mereka memang Unsung Heroes... Kerja berani berisiko tinggi tanpa harap balasan! Tgk Tgk gambar atas.. cuma dgn goggle selam yg bukan standard amatur atau pro! Moga ada yg bantu sponsor team pnyelamat berani dr kg dgn perkakas mnyelamat yg lg elok

    ReplyDelete