ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEBARAN SEGERA : KHABAR ANGIN KELANTAN TENGGELAM TIDAK BENAR

Sunday 21 December 2014

SEBARAN SEGERA : KHABAR ANGIN KELANTAN TENGGELAM TIDAK BENAR

Spekulasi yang tersebar di medium sosial, WhatsApp bahawa Kelantan akan ditenggelami air berikutan pelepasan air empangan di daerah Sukhirin, wilayah Narathiwat, Thailand adalah tidak benar.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab mengesahkan bahawa semakan yang dilakukan dengan Jabatan Pengairan Diraja Thailand, mendapati empangan itu tidak wujud.

"Penduduk diingatkan untuk tidak mudah mempercayai khabar angin dan berasa panik," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad, bagi mengulas mengenai spekulasi tersebut.

Mohamed Thajudeen berkata pihak Thailand juga mengesahkan bahawa empangan terdekat dengan Malaysia terletak di daerah Munok di bahagian selatan Thailand, namun empangan itu ditutup pada masa ini.

Beliau berkata jika air empangan itu dilepaskan, ia akan menyebabkan banjir di daerah Tak Bai, Narathiwat terlebih dahulu.

"MKN juga mempunyai persefahaman dengan pihak Thailand. Jika mereka perlu melepaskan air di empangan itu, mereka akan memaklumkan kepada MKN supaya kita tidak 'terkejut' dengan kedatangan air secara tiba-tiba.

"Jika dimaklumkan, MKN akan segera mengenal pasti laluan air dan memindahkan mereka yang tinggal di kawasan itu untuk mengurangkan risiko," katanya.

Mohamed Thajudeen berkata banjir di Kelantan pada masa ini tiada kaitan dengan pelepasan air di negara jiran, sebaliknya disebabkan hujan lebat yang berterusan dengan sukatan 400 mililiter sehari.

Banjir gelombang kedua di Kelantan yang bermula sejak Selasa lepas telah mengorbankan empat nyawa. - Bernama
____________________________________________________________
"Y. Bhg Dato. 
Ada pihak yg tidak bertanggung jawap membuat Berita palsu yg mencemaskan Rakyat kononnya pihak Thai telah melepaskan air Dari empangan mereka di Sukirin Narathiwat Dan seluruh Kelantan Akan di tengelami air.
"Saya telah menghubungi pegawai RID ( Royal Irrigation Dept.) yg berada di Narathiwat, beliau maklumkan tiada empangan yg dibina di Sukirin. Empangan terdekat ialah di Munok. Tetapi air Sg Golok yg mengalir ke Munok. Empangan ini sentiasa ditutup pd masa ini. Jika tidak Tak Bai akan banjir. Jadi hebahan yg dibuat adalah palsu. Harap maklum." 
Pihak Thai juga ada persefahaman dgn mkn iaitu Kita Akan di maklumkan jika mereka melepaskan air Dari empangan.
Kerja sama Dato di pohon utk mewar warkan perkara ini supaya rakyat tidak panik. Tk"

Datuk Thajudeen
SU MKN

No comments:

Post a Comment