ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LELAKI ROGOL ANAK TIRI DUA KALI SEMINGGU DITAHAN !!!

Sunday, 14 December 2014

LELAKI ROGOL ANAK TIRI DUA KALI SEMINGGU DITAHAN !!!



PETALING JAYA: Selama hampir setahun, kanak-kanak berusia 12 tahun diselubungi ketakutan apabila mendakwa dirinya berulang kali dirogol dua kali seminggu oleh bapa tirinya.

Dia hanya memberitahu kejadian itu kepada ibunya pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saad berkata ibu kanak-kanak itu terus bertindak mengemas pakaian dan membawa anak-anaknya tinggal di rumah saudaranya, sebelum membuat laporan polis.

"Kami menghantar satu unit ke rumah suspek di Kampung Cheras Baru dan menahan lelaki itu pada pukul 4 pagi Sabtu.

"Dia kini direman sehingga 18 Disember bagi membantu siasatan.

"Kanak-kanak itu memberitahu bahawa bapa tirinya mula merogolnya pada Disember tahun lepas.

"Dia tidak ingat berapa kali dia telah melakukannya.

"Katanya, ia berlaku banyak kali, mungkin juga dua kali seminggu," kata Khairuldin.

Beliau berkata suspek, yang menganggur dalam tempoh yang panjang tahun ini merogol kanak-kanak itu di bilik tidurnya atau di bilik tidur utama, ketika ibu dan adik beradik tiri kanak-kanak itu berada di luar rumah. 
mStar

No comments:

Post a Comment