ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ALLAHUAKBARR !!! PETIKAN WHATSUP GURU SMK MANEK URAI, KUALA KRAI

Wednesday 24 December 2014

ALLAHUAKBARR !!! PETIKAN WHATSUP GURU SMK MANEK URAI, KUALA KRAI



Laporan banjir 
Lokasi : SMK Manek Urai
Daripada : cikgu Roslinawati ( guru di smk manek urai)

24/12/2014
04:22 AM

Hati mmg xsng duduk sbb hujan lebat berterusan...
Klu tgk air kawasan sekolah sekarang mmg mcm mimpi...xpercaya air naek setinggi sekarang...
Kpd rakan2 di luar sana...
Sekiranya kami semua dah xblh lg berhubung...tolong dptkan bantuan utk kami keluar ketempat yg lbh slmt...
Ketika ini air masih masuk dgn cpt...
Tingkat satu dah hampir tenggelam
Harap2 air xnaek lagi...
Pukul 4.15...kami ramai2 kt tingkat3 bangunan sekolah xblh tido lena.
Air srmakin naik..tingkat 1 bangunan sekolah dah tenggelam keseluruhannya sekarang....pondok jaga hadapan dah xblh nmpk lagi...
Air hampir cecah lantai pejabat klu air masuk berterusan dlm tempoh terdekat.kami semua yg ada kt sini dlm bahaya.bantuan sukar sampai sbb arus air deras.

4.40 am
K.na pun tadi gesa2 tinggalkan rumah bila bunyi bedil dentum2 minta semua pindah ke kawasan selamat.....
Lgpun air sg melimpah masuk laju melalui saluran parit sebelah rumah murad...xsampai 1jam air dah hampir 1meter masuk dataran tempat perhimpunan....

5.00 am
Jam 5.00 pg ini kami dah mula gerak ke tingkat 4..bangunan sebelah library memandangkan air naik dgn cepat...
Air dah mula menaiki tingkat 2 bangunan sekarang..
Ramai juga mangsa terdiri daripada knk2...
Sukar daptkan bantuan makanan sebab arus deras sungai lebir melimpah masuk kawasan penempatan.
Lokasi kami utk sebarang tindakan pihak luar.

*petikan drp pesanan Wasap beliau.
Disusun oleh : cikgu bazlan, smk manek urai

KEADAAN BANJIR DALAM BANDAR KUALA KRAI 




Info dari KPD KB:

 3) Jalan Perhubungan Utama Yang Ditutup :- 06

     3.1) Jln Kuala Lumpur-Gua Musang ke Merapoh, Kuala Lipis (KM50,KM90,KM96) ditutup kepada semua kenderaan.
     3.2) Gua Musang ke Loging KM 40 berhampiran R&R Pos Blau ditutup kepada semua kenderaan
     3.3) Gua Musang ke Jeli ( Jelawang/Dabong, K/Krai) ditutup kepada semua kenderaan
    3.4) Jln Machang ke K/Krai (Sg. Durian)
    3.5) Jeli ke Grik di KM 60.6 Banjaran Titiwangsa ditutup kepada semua kenderaan.
    3.6) Kota Bharu ke PCB di Penambang berhadapan Aminah Songket ditutup kepada semua kenderaan.

No comments:

Post a Comment