ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DEPAN JUAL BURGER, BELAKANG JUAL DADAH

Monday 15 December 2014

DEPAN JUAL BURGER, BELAKANG JUAL DADAH

Antara dadah yang dirampas bernilai RM25,000 itu dijumpai dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik suspek.

KOTA BHARU - Taktik seorang lelaki berselindung di sebalik perniagaan burger terbongkar apabila dia ditahan bersama isteri dan iparnya dipercayai mengedar dadah jenis metamphetamine di sebuah rumah tanpa nombor di Kubang Kerian, di sini, Rabu lalu.

Serbuan dilakukan pasukan Unit Task Force Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, pada jam 2.45 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dadah bernilai RM25,000 itu dijumpai dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik suspek utama.

Suspek utama berusia 22 tahun, manakala isterinya tidak bekerja berusia 21 tahun.

Dua lagi yang ditahan juga pasangan suami isteri iaitu adik kepada isteri suspek utama yang berusia 23 tahun bersama suami berusia 25 tahun.

Turut dirampas dalam serbuan itu, wang tunai bercampur-campur berjumlah RM84,557 dipercayai hasil jualan dadah yang dijumpai di dalam salah sebuah bilik tidur rumah peniaga berkenaan.
SH

No comments:

Post a Comment