ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMIMPIN PKR BERAGAMA ISLAM BELUM SEDIA LAKSANA HUDUD

Sunday 21 December 2014

PEMIMPIN PKR BERAGAMA ISLAM BELUM SEDIA LAKSANA HUDUD


Pemimpin beragama Islam di kalangan ahli Parlimen PKR berdiam diri apabila ditanya sama ada mereka akan mengundi menyokong atau membantah rang undang-undang persendirian PAS yang akan membolehkan undang-undang hudud dikuatkuasakan di Kelantan.


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata parti itu hanya akan menyatakan pendiriannya setelah melihat draf rang undang-undang itu.

"Terlalu awal untuk saya ulas tentang perkara ini. Kalau ada draf rang undang-undang itu, kami mahu lihat dulu. Kemudian kami akan bawa perkara ini ke atas untuk dibincangkan di majlis pimpinan Pakatan Rakyat (PR)."

Rafizi berkata sambil beliau menghormati hak Kelantan meneruskan sidang dewan undangan negeri mereka, PR akan bincang bagaimana untuk memberi respons kepada rang undang-undang itu.

"Saya tidak mahu terburu-buru membuat kenyataan. Kami mahu tangani perkara ini dengan cara yang berhemah di peringkat nasional, seperti yang kami lakukan sebelum ini," kata Ahli Parlimen Pandan itu.

Ahli Parlimen Islam dalam PKR dan DAP digelar "magic 18" oleh Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng, yang hari ini menggesa kesemua 18 orang ahli Parlimen itu mengundi membantah rang undang-undang itu yang akan dibentangkan PAS di Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) itu berkata, 18 orang ini boleh "menentukan halatuju negara ini".

PKR mempunyai 16 ahli Parlimen beragama Islam sementara DAP mempunyai 2 ahli Parlimen Islam daripada keseluruhan 37 ahli Parlimennya.

Rang undang-undang persendirian mengenai hudud itu akan dibentangkan PAS hujung bulan ini dan memerlukan sekurang-kurangnya 112 undi sebelum diluluskan Dewan Rakyat.

No comments:

Post a Comment