ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DUA RENTUNG, DUA MELECUR KAPAL TANGKI BAWA MUATAN GAS TERBAKAR

Saturday 13 December 2014

DUA RENTUNG, DUA MELECUR KAPAL TANGKI BAWA MUATAN GAS TERBAKAR


Kuala Terengganu – Dua mati rentung manakala dua lagi melecur teruk selepas kapal tangki membawa muatan gas cecair petroleum (LPG) terbakar dalam kejadian di kedudukan kira-kira 26 batu nautika dari timur laut Kuala Terengganu petang kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, dua mangsa yang terkorban ialah kru kapal tangki berkenaan manakala dua lagi kru lain cedera parah.

Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Terengganu, Mohammad Zainal berkata, dua mangsa yang maut ialah Song Oh Weon, 56, warga Korea Selatan dan Zaw Myo Htut, 23, warga Myanmar.

Dua lagi mangsa yang cedera parah ialah Choi Tae-Won, 64, merupakan warga Korea Selatan dan Khine Zin Lin, 28, rakyat Myanmar.

“Kedua-dua mangsa yang mati terbakar mengalami kecederaan di sebahagian anggota badan mereka.

“Bagi kedua-dua mangsa yang cedera pula mengalami kesan melecur di kaki dan perut masing-masing,” kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

No comments:

Post a Comment