ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KES GODAM ATM RISAUKAN 15JUTA PEMILIK AKAUN BANK

Tuesday 16 December 2014

KES GODAM ATM RISAUKAN 15JUTA PEMILIK AKAUN BANK


Tahun ini negara digemparkan dengan kes penggodaman 17 buah mesin juruwang automatik (ATM) di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Baharu membabitkan kerugian lebih RM3 juta.

Ada sindiket yang dipercayai terlibat terdiri daripada warga Amerika Latin yang dikesan pada September lepas.

Kes berkenaan membuka mata banyak pihak mengenai keperluan tahap keselamatan sistem perbankan bukan sahaja ditumpukan kepada kad-kad bank malah sistem mesin ATM. 

Ini kerana jenayah siber jenis baharu itu mencetuskan kebimbangan kira-kira 15 juta pemilik akaun bank di negara ini, yang khuatir dengan keberkesanan sistem keselamatan institusi perbankan dalam melindungi kepentingan pemilik akaun.

Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM yang berlaku sejak 1997 hingga 2002, kerana kad ATM dan kad kredit hanya menggunakan sistem pita magnetik di belakang kad pada ketika itu.

Bagaimanapun jenayah pengklonan itu berjaya diatasi selepas Bank Negara menguatkuasakan penggunaan sistem cip dan pita magnetik pada setiap kad ATM pada 2003.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mortadza Nazarene memberitahu Bernama bahawa jenayah terancang yang dikaitkan dengan kumpulan sindiket itu dikenal pasti menggunakan kaedah menyuntik virus malware 'ulssm.exe' sebelum memasukkan cakera padat (CD) ke dalam pembaca cakera padat (CD-ROM) yang terdapat di dalam mesin-mesin itu untuk mengeluarkan wang.

Kaedah itu digunakan bagi menipu sistem pengkomputeran bank sebelum mengeluarkan kesemua wang dalam ATM itu menggunakan panel kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon daripada rakan anggota sindiket itu, namun data pelanggan bank berkenaan tidak diganggu atau dikompromi.

Susulan jenayah godam itu, polis melancarkan 'Ops Godam ATM' melibatkan pasukan khas daripada polis Bukit Aman dan polis kontinjen negeri untuk memburu penjenayah berkenaan secara besar-besaran, termasuk membuat pemantauan di setiap pintu masuk negara sama ada melalui jalan darat, laut dan udara.

Gambar suspek hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, turut disebarkan di seluruh negara termasuk bagi tujuan pemantauan di pintu masuk, namun belum ada sebarang tangkapan.
Beberapa langkah keselamatan diambil pihak bank untuk menghalang mesin ATM daripada serangan siber termasuk menaik taraf sistem operasi komputer dan menempatkan pengawal keselamatan di setiap mesin dalam tempoh tiga bulan.

Menurut laporan media antrabangsa, kaedah menggodam ATM itu pertama kali dikesan di Mexico pada September tahun lalu, dan berdasarkan kes itu, penyelidik keselamatan Symantec percaya penggodam mengeksploitasi kelemahan operasi ATM yang menggunakan satu sistem perisian jenis lama.

No comments:

Post a Comment