ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: UCAPAN IBRAHIM ALI BANGSATKAN MELAYU, DISELAR PEMIMPIN POLITIK

Monday, 15 December 2014

UCAPAN IBRAHIM ALI BANGSATKAN MELAYU, DISELAR PEMIMPIN POLITIK


Kuala Lumpur – Dua aktivis termasuk ahli politik Pakatan Rakyat (PR) hari ini turut menyatakan rasa kurang senang dengan kelantangan keterlaluan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang menyelar lima pemimpin UMNO sebagai `bangsat’.

Datuk Zaid Ibrahim di akaun Twitter ‏beliau @zaidibrahim secara sinikal menulis “Ibrahim Ali is now a self-styled Malay Hero. He called other Malays Bangsat. He is the only legacy Najib has.” (Ibrahim Ali kini menjadi pahlawan Melayu dengan caranya sendiri. Beliau menyebut orang Melayu lain Bangsat. Dia adalah satu-satunya legasi warisan Najib.)

Sindiran Zaid merujuk kepada kenyataan Ibrahim yang berkata: “Dulu orang panggil saya gedebe, katak, kemudian rasis rupanya hari ini Alhamdulillah saya tabal diri saya sendiri wira kepada orang-orang Melayu Islam di negara Malaysia.”

Manakala Pengarah Eksekutif Lawyer of Liberty, Eric Paulsen ‏pula menyebut dalam Twitternya: “Ibrahim dan gang Perkasa kuat hentam semua orang, mereka saja yang betul. Apa kata PERKASA tanding dalam PRU akan datang?”.

Ibrahim pada awal hari ini berkata orang Melayu dan Islam di negara ini di negara bukan sahaja berdepan dengan musuh-musuh nyata seperti DAP yang dtadbir oleh Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng tetapi juga terpaksa berdepan dengan puak Melayu liberal.

“Kita bukan hendak bermusuh dengan mereka tetapi kalau kamu tidak membantu Islam dan Melayu, jangan ganggu PERKASA dan ISMA.

“Tidak terbilang usaha-usaha kita tidak termasuk yang terakhir oleh PERKASA yang sudah menjadi tulang belakang kepada Konvensyen Perpaduan Nasional baru-baru ini yang melahirkan 55 resolusi yang dirasmikan oleh Tun Abdul Hamid Mohamed.

“Apakah itu bukan sumbangan dan perjuangan PERKASA yang kita lakukan bagi mempertahankan kesucian agama dan orang Melayu?

“Bangsat betul mereka ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Persidangan Agung Tahunan Ke-5 PERKASA di sini.

Malah tanpa berselindung, Ibrahim menamakan lima pemimpin tersebut iaitu Ahli Parlimen BN Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed, bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Saifuddin Abdullah, Spekaer DUN Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.

1 comment:

  1. termasuk jg DS Presiden Bangang dalam kalangan mereka yang bangsat...

    ReplyDelete