ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KELANTAN : TIGA MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI DI KOK LANAS

Wednesday 24 December 2014

KELANTAN : TIGA MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI DI KOK LANAS

Machang: Tiga termasuk dua beranak maut manakala tiga lagi cedera selepas dua kereta bertembung di Kilometer 25.6 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran kuarters tentera di Kok Lanas, 7.30 malam tadi.

Azmad Harun, 46, seorang guru maut bersama anaknya Aidil Adieq Alias, 14, dipercayai akibat tersepit, manakala Tuan Iswadi Tuan Ismail dari Gua Musang meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Machang, di sini.

Mangsa yang cedera adalah anak Azmad iaitu Azra Afifah, 16, Aidil A'zim, 11, dan Adam Aqif, 6, semuanya dirawat di Hospital Machang.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Tuan Iswadi dari arah Machang terbabas dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dipandu Azmad.

Azmad yang memandu dari arah Kota Bharu gagal mengelak, mengakibatkan kedua-dua kenderaan berkenaan remuk teruk di bahagian hadapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- hmetro

No comments:

Post a Comment