ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KEPUTUSAN LETAK JAWATAN ADUN INANAM AKAN DITETAPKAN SELEPAS KRISMAS

Friday 19 December 2014

KEPUTUSAN LETAK JAWATAN ADUN INANAM AKAN DITETAPKAN SELEPAS KRISMAS


ADUN Inanam Dr Roland Chia akan membuat pengumuman mengenai kedudukannya sebagai wakil rakyat dan perancangan masa depannya selepas sambutan Hari Natal.

Dalam status terbaharu yang dimuat naik lewat malam tadi, di akaun Twitter @RolandChiaMS dan Facebook miliknya, Dr Chia berkata: “Kepada media dan rakan-rakan saya. Terima kasih atas sikap ambil berat anda. Saya kini berada di luar negara. Saya akan membuat kenyataan rasmi selepas Krismas.”

Ia merupakan kenyataan rasmi pertama yang dikeluarkan doktor pakar gigi kelahiran Tawau berusia 44 tahun selepas beliau mengumumkan mengenai peletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat negeri selepas memenanginya pada pilihan raya umum 2013.
Pakatan Rakyat berjaya memenangi 12 daripada 60 kerusi DUN Sabah.
Bagaimanapun, pada penghujung tahun 2013, DAP dan dua wakil rakyat PKR meletakkan jawatan dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional.
Dr Chia antara nama yang disebut-sebut akan meninggalkan pakatan pembangkang. Bagaimanapun, pada ketika itu beliau telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan bereknaan.
Walaupun ada khabar angin yang menyatakan beliau meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana masalah kesihatan, namun pemerhati politik melihat wujud isu lain iaitu spekulasi mengenai hubungan dingin antara Dr Chia dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Lajim Ukin namun perkara tersebut telah dinafikan oleh mereka.
Khabar angin lain yang turut bertiup adalah wujudnya ‘tangan ghaib’ yang memainkan peranan di ibu pejabat PKR.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dilaporkan berkata peletakkan jawatan Dr Chia adalah disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapinya kerana beliau telah menulis surat menyatakan dia berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius.
Dalam surat tersebut beliau telah menyatakan keinginannya untuk meletakkan jawatan.
Rafizi berkata parti akan membuat keputusan mengenai isu berkenaan sebaik sahaja Dr Chia kembali daripada luar negara.
“Kedudukan beliau sebagai ADUN Inanam akan kekal seperti status quo,” kata Rafizi.
Sementara itu, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said berkata pejabatnya masih belum menerima sebarang surat peletakkan jawatan daripada Dr Chia dan tiada kekosongan kerusi bagi DUN Inanam.
Dr Chia menang dengan majoriti 3,202 undi menewaskan calon Barisan Nasional daripada Parti Bersatu Sabah, Joseph Lantip serta calon Parti Progresif Rakyat Sabah, Datuk Eric Majimbun.

No comments:

Post a Comment