ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MANGSA BANJIR DI 4 NEGERI CECAH 66,000

Wednesday 24 December 2014

MANGSA BANJIR DI 4 NEGERI CECAH 66,000


Jumlah mangsa banjir di tiga negeri pantai timur mencatatkan peningkatan ketara, petang ini, manakala Perak berkurangan sedikit berbanding pagi tadi.

Sekurang-kurangnya 66,029 mangsa banjir kini berada di pusat pemindahan sementara di empat negeri - Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Di KELANTAN, jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) naik kepada 26,854 orang sehingga 6 petang ini, berbanding 22,937 orang pagi tadi.

Sementara itu, 23 jalan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan dan enam sungai dilaporkan melepasi paras bahaya.

Di TERENGGANU, bilangan mangsa banjir kini meningkat kepada 22,933 daripada 5,560 keluarga berbanding 21,630 membabitkan 5,003 keluarga, pagi tadi.

Beberapa laluan masih ditutup seperti Jalan Chukai/Air Putih, Jalan Teladas dan Bukit Mentok/Kampung Tempurung di Kemaman serta Jalan Durian Mentagau-Citrus Valley di Dungun.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir turut meningkat kepada 14,662 orang petang ini berbanding 10,825 orang pagi tadi.

Selain itu, operasi menyelamat 120 pelancong dan kakitangan yang terkandas di Mutiara Taman Negara, Jerantut, akibat banjir menggunakan helikopter TUDM dan bot bomba bermula pagi ini, turut tergendala kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,650 daripada 414 keluarga kepada 1,580 daripada 385 keluarga di PPS di daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.
hmetro

No comments:

Post a Comment