ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: APAKAH ITU KONTRAK SOSIAL ???

Thursday 18 December 2014

APAKAH ITU KONTRAK SOSIAL ???


Kontrak Sosial merupakan satu persetujuan atau kesepakatan kaum Melayu dan bukan Melayu untuk memelihara kepentingan bangsa masing-masing. Perjanjian ini telah menjadi isu utama dalam rangka Perlembagaan Persekutuan 1957.

KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA:

PERKARA 3: 
  Islam sebagai Agama Persekutuan.

PERKARA 14:
  Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.

PERKARA 152: 
  Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

PERKARA 153: 
  Hak keistimewaan orang Melayu.

PERKARA 181: 
  Kedaulatan Raja-raja Melayu.


BAGAIMANA KONTRAK SOSIAL TERBENTUK.

🔜 Melayu Adalah Tuan Tanah:
  Orang Melayu enggan menerima konsep Jus Soli yang mahu diberikan oleh British kepada orang bukan Melayu. Oleh sebab itu, majoriti orang Melayu membantah sekeras-kerasnya pentadbiran Malayan Union yang mahu dilaksanakan oleh British. Orang Melayu berpendapat mereka sebagai Tuan Tanah kepada Tanah Melayu. Masa depan dan nasib Tanah Melayu terletak ditangan mereka, bukan di tangan bangsa asing, mahupun penjajah.

🔜 British Mengugut Orang Melayu:
  Orang Melayu dipaksa bersetuju untuk memberikan kerakyatan kepada orang bukan Melayu, jika mereka mahu mencapai kemerdekaan. British enggan menghantar semula orang bukan Melayu ke negara asal mereka.

🔜 Setelah Berunding:
  Kesanggupan dan pengorbanan orang Melayu akhirnya terbalas apabila Raja-rajs Melayu meminta terhadap 4 perkara penting, Agama Islam, Hak istimewa Melayu, Kedaulatan Raja-raja Melayu & Kedudukan Bahasa Melayu diberikan sebagai pertukaran kepada pengorbanan orang Melayu untuk menerima orang bukan Melayu sebagai warganegara.

KESIMPULAN:
1. Orang bukan Melayu tidak ada hak untuk mempersoalkan:
🔜 Agama Islam sebagai agama Persekutuan.
🔜 Hak istimewa Melayu.
🔜 Kedaulatan Raja-raja Melayu.
🔜 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

2. Mempersoalkan keempat-empat perkara di atas seolah-olah mempersoalkan kewarganegaraan yang mereka nikmati pada hari ini.

3. Kita sebagai rakyat Malaysia wajib mempertahankan Perlembagaan yang ada. Keamanan & kemakmuran yang kita kecapi pada hari ini tidak akan dapat dikekalkan jika sebahagian daripada kita sendiri yang mengganggu gugat asas kepada pembentukan negara Malaysia yang tercinta ini.

No comments:

Post a Comment