ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUDUD : DAP & PAS TIDUR SEBANTAL, MIMPI BERBEZA

Monday 15 December 2014

HUDUD : DAP & PAS TIDUR SEBANTAL, MIMPI BERBEZA



Ini pepatah Melayu kata, tidur sebantal, mimpi lain-lain... kisah dua parti dalam Pakatan, DAP dan PAS.

Di sebalik berbagai amaran dan kecaman DAP mengenai Hudud, rakan sekutunya PAS 'jalan terus' untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam itu.

Untuk tujuan itu, persidangan khas Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan akan diadakan pada 29 Disember ini bagi memperkemaskan lagi Kanun Jenayah Syariah II yang dilulus pada 1993.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah Kerajaan Kelantan (Pindaan) 2014 akan dibincang pada persidangan tersebut. [ Artikel Berkaitan ]

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri ini. Katanya, ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapannya ketika merasmikan Konvensyen DAP Kebangsaan mahu pakatan pembangkang jelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). [ Artikel Berkaitan ]

No comments:

Post a Comment