ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TIPS PENJAGAAN KENDERAAN SEMASA BANJIR

Monday, 22 December 2014

TIPS PENJAGAAN KENDERAAN SEMASA BANJIR

image

Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka. Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di negara kita. Banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah akibat hujan yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti selama beberapa jam akan menyebabkan banjir berlaku.

 

A) Tip kereta, sebelum berlakunya banjir
-Kalau boleh awal-awal lagi pindahkan kereta kalau tidak mahu risiko tenggelam. Parking kan dikawasan tinggi atau tumpang letak kereta kita di rumah saudara mara atau sahabat handal yang tinggal di kawasan yang tinggi dan pada perhitungan kita kawasan tersebut tidak dilanda banjir. 
 -Kalau air tidak lebih separuh tayar kereta, selalunya boleh lagi harungi, guna gear rendah (gear 2 selalunya) dan jangan tukar gear atau tekan clutch dalam air… tekan minyak mantain sampai lepas air. Tapi sebenarnya merentasi banjir boleh membahayakan sebahagian tali kipas dan menyebabkan enjin kenderaan rosak.
-Kalau air banjir melebihi separuh dari tayar kereta.. jangan dok try jugak mengharungi.. takut tak lepas enjin dah mati dan tersangkut kat tengah banjir.
-Kalu motorsikal, balut kaburetor dengan plastik dulu.. kalau air banjir masih cetek paras bawah betis boleh redah banjir tapi kena guna gear rendah.. Tetapi kalau banjir dah naik tinggi sikit, jangan hidupkan motorsikal.. kena tolak ajer motor tu ke tempat pemindahan yang selamat.

B) Tip kereta sudah tenggelam banjir
Perkara ‘menakutkan’ bagi pemilik kenderaan. Ketika anda sibuk di pejabat, tanpa disedari kereta anda sudah ditenggelami banjir akibat hujan lebat yang berterusan.Apabila ini berlaku, ia pasti membabitkan kos baik pulih yang tinggi. Namun kos berkenaan dapat dikurangkan jika tip ini dapat diamalkan.-Seandainya kereta anda tenggelam semasa banjir. tunggu sampai banjir kering dulu pastu baru buat pemeriksaan ke atas kenderaan anda.
-Cabut bateri kereta dulu, jangan sesekali start hidupkan kereta.. pastu upah towing, tarik kereta hantar ke bengkel..biar makenik buat. sebabnya kalau cuba buat sendiri risikonya amatlah tinggi. wiring kereta boleh litar pintas.. kerana apabila anda cuba menghidupkan injinkereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak computer dan sensor yang ada.. Pastikan pihak kereta penunda, atau ejen bengkel tidak berbuat tindakan serupa – satu taktik kotor untuk anda bayar lebih bagi ganti kerosakan.
-Apabila tiba di bengkel, buka keseluruhan kereta anda termasuk penutup alat elektronik. Keluarkan minyak hitam enjin, minyak gear dan buka semua spark plug kereta tersebut, begitu juga keluarkan petrol kalau bercampur dengan air. Jemur kereta pada panas matahari  (kebiasaannya dua hingga tiga hari) supaya  kesemua peralatan elektronik kering.
1) Penukaran minyak hitam enjin
-Jika minyak hitam bercampur air, adalah perlu mengeluarkan semua minyak hitam kerana minyak hitam lama boleh menyebabkan karat merosakkan kelicinan dinding kebuk sehingga akhirnya satu persatu komponen lain turut rosak.
-Buang semua minyak hitam enjin.
-Isi minyak baru..( beli minyak murah-murah dah laa..)hidupkan enjin..biar dia running dalam 1/2jam atau drive pusing-pusing dulu-Pastu buang minyak yang baru diisi tadi.
-Lagi bagus kalau ulang tukar 2,3 kali baru betul-betul clear.-last sekali isi minyak baru sekali lagi, kali ni boleh ikut grade minyak hitam  yang sepatutnya.
 
Penukaran minyak gear.
-Jika minyak gear bercampur air, minyak gear perlu ditukar.. minyak gear yang kotor akan menyebabkan pergeseran pada gigi gear. Dalam keadaan biasa minyak gear ia akan berwarna merah tetapi jika bercampur dengan air, warnanya akan bertukar kepada ’Teh susu’.
-Buang semua minyak gear. 
-Isi minyak baru..( beli minyak murah-murah aje dulu..) 
-Enjin perlu dihidupkan dalam masa dua hingga lima minit. 
-Pastu buang minyak yang baru diisi tadi..pastu isi minyak baru… 
-Kemudian, minyak gear diperiksa sekali lagi 
-Ulang proses ini sehingga ia betul-betul menjadi warna merah dan tidak lagi bercampur dengan air.
Penukaran penapis minyak pelincir
-Penapis minyak pelincir mesti ditukar kerana mungkin telah bercampur air lumpur atau mungkin tersedut dalam penapis berkenaan dan akan bercampur pula dengan minyak pelincir yang baru.
Penukaran komponen yang lain
-Beberapa komponen yang perlu ditukar seperti palam pencucuh, penapis udara, minyak brake, power stering, fius  dan lain-lain lagi ..kemudian membuat servis enjin kereta semula termasuk lah tuning karburator atau sistem suntikan elektronik
Mencuci kereta
-Basuh kenderaan secara semburan dengan air deras ke semua bahagian yang dirasakan perlu terutama bahagian enjin.Ketika melakukan kerja semburan air ini, elak menghala hos ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir bagi menghindari air memasuki karburator atau tangki minyak pelincir.Jangan lupa halakan air deras pada bahagian brek pada roda kereta agar segala keladak yang sukar kelihatan dengan mata kasar tertanggal sepenuhnya. 
Belanja membaiki kereta rosak
-Sekiranya enjin boleh dihidupkan, kosnya tidaklah begitu mahal. Jika sebaliknya, ia mungkin boleh mencecah ribuan ringgit untuk overhaul kereta, wiring kereta,  tukar ecu, eletronik part dan lain lain lagi .
-Sekiranya tiada kerosakan yang membabitkan peralatan elektronik, kos mungkin hanya membabitkan upah mekanik, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan kecil yang sensitif kepada air sahaja..Tetapi kerosakan tidak berlaku dalam tempoh yang singkat, mungkin kesannya menjangkau beberapa tahun selepas itu sehinggalah anda mula menyedari enjin kenderaan anda ‘makan duit’.

________________________________________________________________
Pesanan kami
Semoga mereka-mereka yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dengan banjir ni dapat bersabar dengan apa yang berlaku. Anggaplah ini sebagai dugaan dari Allah Subhanahuwata’ala semata-mata.

No comments:

Post a Comment