ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUDUD AKAN DIBAWA KE PARLIMEN - PAS

Sunday 14 December 2014

HUDUD AKAN DIBAWA KE PARLIMEN - PAS

alt

Walaupun isu hudud sentiasa memanaskan hubungan antara PAS dan rakannya dalam Pakatan Rakyat khasnya DAP, dua ahli Parlimen PAS meletakkan harapan tinggi bahawa undang-undang hudud akan dibawa ke sidang Parlimen dalam masa terdekat.

Keyakinan kedua-dua mereka, Nik Mohd Abduh (Pasir Mas) dan Nasruddin Hassan (Temerloh) itu berdasarkan pembentukan satu jawatankuasa antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Kelantan.

"Kita telah bersetuju beberapa bulan lepas untuk mengadakan jawatankuasa di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan.

"Jawatankuasa itu berjalan dan saya dimaklumkan oleh pihak parti bahawa kita dalam proses akhir dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam jawatankuasa tersebut.

"Kita letak harapan tinggi bahawa kita akan bawa hudud ini di sidang Parlimen dalam masa terdekat," kata Nik Abduh, anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagaimana dilaporkan Harakahdaily.

Nasruddin pula berkata, setakat ini, perkara itu belum selesai, jangkaan awalnya pada Disember lepas tetapi tidak sempat, jadi kemungkinan pada sidang dewan akan datang.

"Jadi hasrat untuk membentang ‘private bill’ Rang Undang-undang Jenayah Syariah di Kelantan itu tidak pernah kita hentikan," kata Nasrudin dalam wawancara khas dengan Harakah.

Sebelum ini, DAP pernah memberi amaran kepada PAS ia akan meninggalkan Pakatan Rakyat jika ada mana-mana wakil rakyat PAS membentang rang undang-undang persendirian mengenainya.

Ekoran itu, PAS Pusat menangguhkan cadangan yang dikemukakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakub itu.

Menjawab isu ini, Nik Abduh berkata, PAS telah hadapi tentangan yang lebih kuat lagi sebelum ini.

"Kita sudah hadapi sebelum ini, kita hadapi yang menyokong, kita hadapi yang membangkang. Kita pernah berhadapan dengan tentangan lebih teruk, sekarang tak teruk dah, nak sokong dah.," katanya.

Katanya ada janji dan dalam kalangan ahli Umno, pemimpin Umno pun tidak cakap buruk mengenai hudud dan mereka lebih lunak.

"Itu menandakan bangkangan terhadap kesediaan PAS, untuk bawa hudud ini semakin hari semakin ringan. Jadi kalau dulu teruk kita hadapi, sekarang lebih senang," katanya.

Nasrudin pula berkata, PAS dan DAP telah mencapai kata sepakat untuk "bersetuju untuk tidak bersetuju".

Katanya, memang telah ada persetujuan bersama ditandatangani ketiga-tiga pimpinan utama parti.

"Kita pun setuju untuk tidak ganggu dasar parti dia dan dia pun setuju tidak ganggu dasar parti kita," katanya.

No comments:

Post a Comment