ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PASANGAN BAWAH UMUR BERKAHWIN, VIRAL DI MEDIA SOSIAL

Wednesday, 17 December 2014

PASANGAN BAWAH UMUR BERKAHWIN, VIRAL DI MEDIA SOSIAL


Berita pasangan remaja yang berkahwin pada usia muda iaitu Muhd Muaz, 15, dan isterinya Amiera Nur Ezati, 17, mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Ada yang menganggap tindakan itu adalah perlu bagi mengelakkan maksiat ataupun gejala yang tidak sihat seperti membuang bayi.
Seorang pemilik akaun Facebook (FB), Nabihah Helmi dalam entrinya menulis ‘Kahwin mudapun nak kecoh. Kalau buat maksiat beria suruh kahwin. Sekurang-kurangnya dia berani nak hubungan halal,” katanya.
Muaz dalam entri FB menegaskan perkahwinan dengan gadis yang dua tahun lebih tua darinya itu bukanlah atas dasar paksaan.
Menurutnya, kedua-dua keluarga bersetuju dengan pilihan hati mereka dan mempercepatkan perkahwinan selepas mengetahui hubungan mereka.
Muaz berkata, dia mungkin akan menamatkan persekolahannya kerana ingin menyara isterinya.
Pasangan muda itu berkahwin pada 30 November lalu yang dipercayai diadakan di Johor.

Dua tahun lalu, seorang remaja lelaki yang berusia 16 berkahwin dengan pasangannya berusia 14 tahun di Pahang, namun tempoh perkahwinan mereka tidak kekal lama dan  bercerai pada tahun lalu.

No comments:

Post a Comment