ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: "ISU MELAYU MENGEMIS UNDI CINA" BUATKAN LKS TIDAK SENANG DUDUK !!!

Sunday, 21 December 2014

"ISU MELAYU MENGEMIS UNDI CINA" BUATKAN LKS TIDAK SENANG DUDUK !!!


DAP nampaknya cukup sensitif terhadap kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad yang ingin membuka mata orang Melayu bagaimana mereka terpaksa jadi pengemis bergantung harap kepada kaum Cina untuk terus berkuasa. [ ARTIKEL BERKAITAN ]

Otai parti itu, Lim Kit Siang terus melompat mencabar bekas Perdana Menteri itu berdebat dengannya untuk menangkis situasi semasa yang semua orang sedia maklum.

Rasanya kita tidak perlu perah otak untuk membuat kajian ilmiah yang mendalam untuk mengesahkan apa yang diluahkan oleh Dr Mahathir itu ada kebenarannya.

Siapa agaknya yang Kit Siang cuba hendak kelirukan dengan mempertikaikan isu yang terus menerus menghantui orang Melayu di negara ini.

Paling tidak sasaran DAP tentulah untuk menonjolkan ini semua salah UMNO.

Malah point ini sudah ditembak oleh ‘orang Melayu’ DAP yakni Zairil Khir Johari,Ahli Parlimen Bukit Bendera,Pulau Pinang yang turut mengecam Dr Mahathir kerana membangkitkan hal berkenaan.

Katanya yang jadi pengemis ialah UMNO bukan orang Melayu.

Demi politik anak tiri bekas tokoh veteran UMNO,Allahyarham tan Sri Khir Johari ini bersuara begitu dari negeri dimana orang Melayu paling gawat berdepan masalah baik dari segi ekonomi dan politik.

Apakah Zairil hendak meyakinkan orang Melayu mereka lebih selamat dibawah lindungan DAP seperti PAP di Singapura.

Budak baru dalam DAP mungkin perlu bisik-bisik untuk mendapat maklum balas dari rakannya dari PKR Datuk Mansor Othman,Ahli Parlimen Nibong Tebal yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Bukankah tidak lama dulu pernah heboh pasal isu perang dingin Mansor dengan Lim Guan Eng ekoran terbongkar rungutan beliau terhadap Ketua Menteri itu menerusi rakaman perbualan dalam mesyuarat PKR.

Dari isu itu persepsi yang berlegar ialah kalau pemimpin Melayu dari PKR sendiri ‘susah nak berkira’ dengan DAP siapa agaknya yang orang Melayu negeri itu nak harapkan.

Dari kenyataan Dr Mahathir beliau jelas sekali ingin mengulangi ingatan bagaimana perpecahan dikalangan orang Melayu telah membuatkan kuasa politik mereka semakin terhakis hari demi hari.

Fakta yang ada di depan mata kini sekalipun terdiri 60 peratus negara ini namun majoriti orang Melayu ini terpecah kepada penyokong UMNO,PAS dan PKR.

Disebalik fakta ini kaum Cina khususnya terus memberi sokongan padu kepada DAP dalam usaha untuk memperkukuhkan penguasaan politik mereka.

Ini bukan cerita dongeng tetapi terbukti dari keputusan pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008 dan pilihanraya umum ke 13 pada 2013.

Siapa yang boleh nafi fakta bahawa kawasan-kawasan majoriti Cina semuanya ‘pejam mata’ memihak kepada pembangkang.

Cuba tanya PAS atau PKR yang bertanding di kawasan-kawasan berkenaan mampukah mereka menang tanpa sokongan pengundi Cina.

Ambil contoh di Selangor,bukankah pimpinan PAS sendiri mengakui hakikat bahawa sembilan dari 14 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi di negeri itu pada PRU13 akan goyang tanpa sokongan pengundi Cina.

Realiti ini yang dikatakan membuat PAS berdepan dengan dilema besar dan terpaksa memendam rasa sekalipun parti itu tidak puashati macam-macam hal dalam Pakatan.

Ini termasuk isu Langkah Kajang,isu jawatan Menteri Besar dan pembahagian kerusi Exco Kerajaan Negeri.

Malah ia terus menerus terpaksa main drama tembak menembak politik dengan DAP dalam isu Hudud.

Sekalipun begitu kita tidak pernah dengar mana-mana pemimpin besar PAS berani kata mereka nak bawa parti itu keluar Pakatan.

Mereka sendiri sedar realiti politik semasa bahawa undi kaum Cina itu sangat penting.

Makanya sebelum Kit Siang mengajak Dr Mahathir berdebat elok beliau merisik khabar dari para pemimpin PAS apakah betul PAS boleh tegak berdiri tanpa sokongan itu.

Jadi apa nak hairan kalau kalau Kit Siang dan rakan-rakannya dalam DAP boleh terus mengaum bagai singa garang.
AgendaDaily

No comments:

Post a Comment