ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ANWAR SELAR TINDAKAN CHEGU BARD, BERI RUANG PADA AZMIN JALANKAN TUGAS

Saturday, 13 December 2014

ANWAR SELAR TINDAKAN CHEGU BARD, BERI RUANG PADA AZMIN JALANKAN TUGAS

Shah Alam  – Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sering mengkritik kepimpinan parti itu diminta supaya memberi ruang kepada Timbalan Presidennya, Azmin Ali untuk menjalankan tugasnya selaku Menteri Besar Selangor.
Peringatan itu diberikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard.
Badrul Hisham yang ketika ini digantung keahliannya mendakwa lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Selangor menandatangani surat akuan bersumpah untuk menarik balik sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar.
“Kami sudah jelaskan sebelum ini bahawa kes ini disiasat Jawatankuasa Disiplin Pakatan.
“Saya juga dimaklumkan salah seorang Adun, Dr Xavier Jeyakumar telah membuat laporan polis berhubung perkara itu,” katanya.
Pada Isnin, Badruh Hisham mendakwa memperoleh salinan surat akuan itu dan mengenal pasti lima Adun berkenaan iaitu  Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Suhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda), Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Ng Sze Han (DAP-Kinrara) dan Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing).
Surat bertarikh 11 September itu mencatatkan pendirian wakil rakyat berkenaan menarik balik sokongan terhadap Dr Wan Azizah dan mendakwa surat akuan bersumpah terdahulu yang menyatakan sokongan mereka kepada Presiden PKR itu ditandatangani secara tidak rela. - Suara TV

No comments:

Post a Comment