ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PANAS !!! KISAH PM @NajibRazak, OBAMA & GOLF !!! MESTI BACA

Friday 26 December 2014

PANAS !!! KISAH PM @NajibRazak, OBAMA & GOLF !!! MESTI BACA


SUBANG JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini memangku tugas Perdana Menteri sepanjang ketiadaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berada di luar negara.

Perdana Menteri juga dimaklumkan mengenai perkembangan di dalam negara termasuk banjir yang melanda beberapa negeri.

"Saya maklumkan kepada beliau (Najib), jangan risau saya akan lakukan segala yang perlu bagi memastikan segalanya selamat," katanya.

Kata Muhyiddin, kerajaan mempunyai keupayaan untuk menangani bencana banjir yang melanda negara setiap tahun.

Rakyat juga katanya tidak perlu risau dengan ketiadaan perdana menteri di Malaysia sebaliknya bersama membantu meringankan beban mangsa banjir.

"Jangan bimbang Perdana Menteri tiada dalam negara, tapi bimbang apa yang berlaku dalam negara kini (bencana banjir)," katanya.

Beliau menjawab kritikan sesetengah pihak terutama di media sosial yang mempertikaikan tindakan Najib yang dilaporkan bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Katanya perdana menteri sebelum ini sudah kuat bekerja mentadbir negara.

"Ada waktunya Perdana Menteri juga perlu berehat, berilah peluang kepadanya sebagai manusia," katanya selepas menghadiri jamuan Krismas di Gereja Full Gospel Tabernacle di sini.

Beliau juga tidak melihat keperluan untuk Najib segera pulang bagi menangani bencana banjir.

"Kalaulah saya tidak mampu buat kerja saya akan minta dia balik," katanya.

Menurut laporan the Washington Post, Najib mengambil kesempatan bercuti dengan bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barck Obama sambil membincangkan isu-isu berkaitan ASEAN.

astroawani

No comments:

Post a Comment