ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PASma TEKAD TEMBUSI KUBU KUAT PAS DI KELANTAN

Sunday 7 December 2014

PASma TEKAD TEMBUSI KUBU KUAT PAS DI KELANTAN

PasMa
PASMA akan meneruskan agenda melancarkan NGO itu di Kelantan berikutan tiada sebarang ketetapan dari pihak PAS Negeri bagi tujuan tersebut.

Naib Pengerusi PASMA Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, pihaknya turut menafikan dakwaan PAS Kelantan tidak mengiktiraf penubuhan NGO itu di kubu kuat parti berkenaan.

“Mereka (PAS Kelantan) tidak ada kata apa-apa pun tentang pelancaran Pasma ini, malah kita tidak mendapat apa-apa maklumat sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak bahawa PAS Kelantan tidak menerima PASMA di sini.

“Buat masa sekarang ini kita tidak mendapat apa-apa maklumat rasmi mengenai perkara tersebut,” katanya memetik laporan Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dalam satu kenyataan menyeru ahli parti agar tidak terlibat dengan PASMA.

Malah Nik Zawawi menyifatkan mana-mana ahli mahupun pimpinan PAS yang menyertai NGO itu digelar sebagai 'munafik haraki'

No comments:

Post a Comment