ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ANWAR DIHALANG MASUK THAI KERANA PKR HINA PERDANA MENTERI THAI

Friday 5 December 2014

ANWAR DIHALANG MASUK THAI KERANA PKR HINA PERDANA MENTERI THAI

Laman fccthai.com melaporkan Anwar dijadualkan ke Bangkok pada Rabu 3 Disember untuk menyampaikan ceramah anjuran Foreign Correspondents’ Club of Thailand (FCCT), jam 7 petang, namun terpaksa dibatalkan atas nasihat peguamnya.
“FCCT dengan kesal mengumumkan bahawa pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim tidak dapat datang lagi ke Bangkok minggu ini, jadi acara pada 3 Disember telah dibatalkan.
“Pasukan guaman Anwar telah memberitahunya bahawa kerana tuntutan kes undang-undang semasa terhadapnya, dia tidak perlu melakukan perjalanan di luar negara pada masa akan datang, “kenyataan FCCT dipetik
“Anwar yang telah mendapat maklumat awal daripada pihak Kementerian Luar Thailand tentang namanya telah disenarai hitam, memaklumkan kepada FCCT bahawa beliau tidak menghadiri majlis tersebut atas nasihat peguamnya berikutan kesnya masih dalam perbicaraan.
“Difahamkan Kerajaan Thailand menyenarai hitam Anwar kerana tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua mengadakan demonstrasi membantah lawatan Perdana Menteri Thailand , Jen Prayuth Chan-ocha ke Malaysia pada Isnin, 1 Disember 2014,” lapor portal itu.
“Hanya disebabkan Tian Chua buat onar memalukan Perdana Menteri Thailand di Malaysia, apakah wajar Anwar menerima akibatnya?
“Justeru itu diyakini bahawa para penyokong PKR akan memboikot segala perihal yang bersangkutan dengan Thailand berkuatkuasa serta merta hingga nama Anwar dinyah dari senarai hitam di negara tersebut,”lapornya.
Credit : MyMassa

No comments:

Post a Comment