ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #RCISABAH : LANGKAH DRASTIK SABAH BANTERAS PATI

Thursday 11 December 2014

#RCISABAH : LANGKAH DRASTIK SABAH BANTERAS PATI

alt
KOTA KINABALU - Kerajaan menetapkan dua pendekatan drastik yang akan diambil bagi menangani isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah sebagai susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pendatang asing Sabah yang dibentangkan minggu lalu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata dua langkah itu ialah menangkap dan menghantar pulang PATI yang ada di Sabah ketika ini dan menghentikan kemasukan baharu PATI ke negeri ini.

Kedua-dua pendekatan itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) dan mesyuarat Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) dihadiri wakil setiap agensi berkaitan di peringkat negeri dan Persekutuan yang dipengerusikan Musa, sebentar tadi.

Menerusi pendekatan pertama, katanya kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula Operasi Bersepadu (Ops Bersepadu) yang akan dilaksanakan serta-merta dan meningkatkan kapasiti Pusat Tahan Sementara (PTS) kepada 5,000 orang dengan mengubah suai bangunan bersesuaian sebagai PTS.

Musa berkata, bagi pendekatan kedua, kerajaan bersetuju untuk meneruskan perintah berkurung di kawasan ESSZONE selain diperkukuhkan lagi dengan cadangan untuk mewartakan pulau yang digunakan PATI dan penjenayah sebagai Kawasan Larangan.

No comments:

Post a Comment