ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PASMA LAPOR POLIS DAKWA PAS GANGGU PROGRAM MEREKA !!!

Tuesday 2 December 2014

PASMA LAPOR POLIS DAKWA PAS GANGGU PROGRAM MEREKA !!!

Hubungan antara PAS dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tegang di Terengganu apabila aktivis NGO itu mendakwa program mereka di Dungun diganggu aktivis PAS kawasan itu.
Sehubungan itu, seorang pemimpin PasMa kawasan itu yang menganjur program itu, Baharudin Abd Hamid membuat laporan polis.
Ini adalah kekasaran pertama yang berlaku antara kumpulan itu dengan PAS sejak parti Islam itu dilanda krisis dalaman.
Ia bermula apabila PasMa dengan menggunakan sebuah NGO lain iaitu Pertubuhan Tuntutan Demokrasi dan Saksama (Desak) dengan kerjasama Kelab Veteran PAS Dungun menganjurkan satu majlis di Dungun Jumaat lepas.
Namun PAS tidak bersetuju bendera parti itu dipasang di majlis itu kerana ia bukan majlis anjuran PAS.
Ekoran itu, beberapa aktivis PAS cuba membuang bendera itu dan berlaku kekecohan antara mereka dan ia berlanjutan sehingga beberapa kejadian.
Ekoran itu, Baharudin yang merupakan ketua PasMa Dungun membuat laporan polis di Balai Polis tengahari semalam.
Dalam laporan itu, Baharudin meminta pesuruhjaya PAS Terengganu dan ahli Parlimen Dungun yang juga daripada PAS bertanggungjawab terhadap peristiwa itu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad turut menyertai program yang bertajuk “Mengembalikan Pemerintahan PR Terengganu” itu bersama Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, Adun Bandar yang juga pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail dan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing.
PasMa ditubuhkan ketika krisis dalam Pakatan Rakyat (PR) memuncak ekoran Langkah Kajang yang dibuat PKR untuk menukar bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak dipersetujui pemimpin utama PAS.
Perpecahan dalam PAS mewujudkan PasMa yang berkata mereka berusaha untuk memperkukuhkan PR dan mendakwa sesetengah pimpinan PAS mahu membawa parti itu keluar PR dan bersama dengan Umno.
Negeri yang paling keras menentang PasMa adalah Terengganu di mana pemimpinnya mengeluarkan arahan kepada ahli PAS agar jangan terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa.
Ia selaras dengan nasihat Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS yang meminta ahli PAS tidak terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa.
Pada masa sama, Terengganu menjadi negeri yang paling aktif PasMa di mana mereka berjaya menubuhkan NGO itu di peringkat negeri dan kawasan.
Baru-baru ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bersama dua yang lain bertemu secara rasmi dengan pemimpin PasMa bagi membincangkan hubungan antara mereka.
Antara intipati pertemuan itu adalah PAS tidak pernah mengambil apa-apa pendirian rasmi terhadap PasMa dan akan membawa keputusan mesyuarat itu ke dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk diambil keputusan rasmi.
Laporan polis dibuat Ketua PasMa Dungun Baharudin Abd Hamid yang mendakwa PAS mengganggu program mereka. – Gambar The Malaysian Insider, 1 Disember, 2014.

No comments:

Post a Comment