ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LELAKI RUGI RM1 JUTA LAMBORGHINI DIPANDU TERBAKAR !!!

Thursday 11 December 2014

LELAKI RUGI RM1 JUTA LAMBORGHINI DIPANDU TERBAKAR !!!


Batu Pahat: Seorang lelaki kerugian kira-kira RM 1 juta selepas kereta mewah dipandunya terbakar di Kilometer 113.8 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Yong Peng di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 3.40 petang itu, pemandu kereta terbabit bersama dengan seorang penumpang terselamat selepas keluar sebaik menyedari kejadian itu.

Komander Operasi Balai Bomba Yong Peng Ibnul Kassim Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.40 petang sebelum tiba di lokasi pada 4.04 petang.

"Satu jentera dengan kekuatan enam anggota memadamkan kebakaran kereta terbabit kira-kira 10 minit sebaik tiba di lokasi.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca menyebabkan kereta terbabit terbakar,"katanya.
hmetro

No comments:

Post a Comment