ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DERHAKA PADA SULTAN BUKAN JENAYAH

Tuesday 9 September 2014

DERHAKA PADA SULTAN BUKAN JENAYAH



KUALA LUMPUR 9 Sept - Pakar perundangan Dr Abdul Aziz Bari menjelaskan tiada peruntukan negara menyebut bahawa mendapat kemurkaan Sultan merupakan satu tindakan jenayah sehingga boleh dihukum.

Beliau yang merujuk kepada dukacita Sultan Selangor diatas tindakan PKR dan DAP menamakan satu calon bagi jawatan menteri besar berkata jenayah mendapat kemurkaan Sultan hanya berlaku di Thailand.

“Setahu saya tidak ada undang-undang di Malaysia ini yang menjenayahkan apa yang dikatakan derhaka. Derhaka bukan satu kesalahan sebenarnya,"katanya yang dipetik Malaysian Insider.

Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan media oleh Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani mengatakan dukacita Sultan apabila PKR dan DAP hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon tunggal sungguhpun Sultan telah menitahkan setiap parti Pakatan Rakyat (PR) memberi lebih dari dua nama untuk dipertimbangkan.

Beliau yang berucap di dalam forum PAS Campur UMNO: Ke Mana Hala Tuju di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH) semalam menjelaskan berbeza dengan Thailand, mendapat kemurkaan Sultan di Malaysia tidak akan dihukum.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu turut mengingatkan Istana bahawa pentadbiran kerajaan negeri digerakkan oleh kerajaan yang dipilih oleh pengundi.

Tegasnya,konsep demokrasi berparlimen jelas melindungi istana daripada terlibat dengan kancah politik berbeza seperti negara yang mengamalkan lantikan pemimpinnya secara terus.

“Adakah istana sanggup dilibatkan jika kerajaan ini gagal? Jika sistem ekonomi dan prestasinya gagal? Mahu? Jadi macam Brunei atau Saudi. Kerajaan itu lantikan peribadi raja. Apa-apa hal raja tanggung. Jangan komen, jangan kata, jangan kritik.

“Demokrasi berparlimen untuk lindungi istana supaya jangan terlibat dengan politik. Itu tujuannya,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment