ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BERANIKAH HADI AWANG PECAT AHLI PAS SERTAI PASMA ???

Tuesday 9 September 2014

BERANIKAH HADI AWANG PECAT AHLI PAS SERTAI PASMA ???


Tindakan beberapa pemimpin PAS untuk menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), dilihat sebagai satu ‘rahmat’ bagi parti yang sedang retak seribu itu. Penubuhan PASMA merupakan kesan lanjutan dari krisis jawatan Menteri Besar Selangor yang tidak berkesudahan. 

Krisis tersebut telah mendedahkan semua kumpulan-kumpulan yang menjadi ‘agen’ DAP dan juga Anwarinas yang selama ini digelar ‘parasit di dalam PAS’ oleh para pemerhati politik. 

Namun, apa yang pelik ialah PASMA enggan keluar dari PAS walaupun telah terbukti bahawa ketaatan dan kesetiaan mereka bukanlah kepada pemimpin tertinggi mahupun perjuangan PAS. Sebaliknya, pendirian dan kesetiaan PASMA adalah berpihak kepada sekutu PAS iaitu PKR dan DAP. 

Pendek kata, PASMA meletakkan Pakatan Rakyat sebagai mengatasi parti sendiri. Bagi PASMA, PR perlu didahulukan walaupun ia bermakna PAS akan rugi atau hancur sama sekali 

Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa PASMA hanya ingin terus berada di dalam PAS bukan kerana sayangkan parti tetapi kerana anggotanya perlu menyelesaikan misi mereka untuk mengucar-kacir serta memecahbelahkan parti Islam itu terlebih dahulu. 

Sekiranya PASMA tidak berniat jahat, maka kumpulan itu seharusnya keluar secara baik dari PAS dan menyertai PKR atau DAP secara rasmi. Apa guna berada di dalam satu parti tetapi membawa perjuangan dan kesetiaan kepada parti lain? 

Pun begitu, soalan yang sama perlu ditanya kepada PAS juga, iaitu apa guna berada di dalam PR jika tidak boleh bersetuju dengan pendirian, perjuangan dan tindak-tanduk rakan-rakan pakatan yang lain? 

PAS tanpa PASMA akan pastinya lebih kuat dan akan mampu mengembalikan keyakinan para penyokong yang semakin hari semakin berkurangan. Malangnya, PAS nampaknya masih mengutamakan keuntungan politik daripada perjuangan asalnya. PAS tidak berani untuk memecat mereka yang menyertai PASMA dan tidak berani juga untuk keluar Pakatan. 

Selagi PAS tidak mampu mengambil keputusan drastik, selagi itulah parti itu akan terus menjadi kuda tunggangan dan anjing suruhan kepada rakan sekutunya. Ketegasan Hadi Awang kali ini adalah tidak bermakna jika PAS terus bersekongkol dengan mereka.

No comments:

Post a Comment