ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: WARGA EMAS MELECUR PADA TANGAN DALAM KEBAKARAN GERAI

Thursday 18 February 2016

WARGA EMAS MELECUR PADA TANGAN DALAM KEBAKARAN GERAI

Kuala Krai: Peniaga warga emas melecur pada tangan selepas gerainya di hadapan Hospital Kuala Krai (HKK), di sini, terbakar kira-kira 10 pagi tadi.

Difahamkan, Che Yusof Che Saleh, 65, dirawat sebagai pesakit luar di HKK.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.11 pagi.

"Satu jentera dengan 11 anggota ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api dalam tempoh empat minit.

"Sebuah gerai hangus, namun kita berjaya mengawal api daripada merebak ke gerai berdekatan," katanya.

Mohamad Hanif berkata, kerugian dianggarkan RM30,000 namun punca kebakaran masih dalam siasatan.
-hmetro

No comments:

Post a Comment