ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KELANTAN TUMPU JENTERA SERANGAN DAN TENGAH - K. DEVAN

Monday 8 February 2016

KELANTAN TUMPU JENTERA SERANGAN DAN TENGAH - K. DEVAN


KOTA BHARU: Kelantan yang nyaris tewas kepada T-Team dalam perlawanan persahabatan malam tadi, perlu meningkatkan lagi persefahaman jentera tengah dan serangan untuk menghadapi Liga Super.

Ketua Jurulatih Kelantan K. Devan berkata pemain pada kedua-dua posisi itu perlu mencari jalan untuk meningkatkan persefahaman mereka, selain memantapkan barisan pertahanan pasukan itu.

"Saya yakin pemain barisan hadapan dapat membentuk persefahaman dalam masa yang singkat ini, saya masih berdepan masalah untuk memilih kesebelasan utama kerana semua pemain berusaha keras dan mempamerkan corak permainan berkualiti," katanya kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan menentang T-Team di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam tadi.

Pada perlawanan itu, Kelantan yang kini popular dengan gelaran Pamoga Qu Puteh The Red Warriors berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89 menerusi Dramane Traore, selepas T-Team mendahului perlawanan menerusi Timislav Busic pada minit ke-63.

Kelantan akan membuka tirai perlawanan Liga Super dengan menentang Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh, 13 Februari ini.

No comments:

Post a Comment