ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KELIBAT MISTIK HANTUI PEMANDU !!!

Tuesday, 16 February 2016

KELIBAT MISTIK HANTUI PEMANDU !!!

Jalan Sungai Ular dekat Taman Seri Mahkota yang menyeramkan jika dilalui lewat malam.
KULIM - Walaupun pada zaman moden ini ada sesetengah masyarakat menolak kewujudan makhluk halus yang dikatakan juga sering menghantui pengguna jalan raya terutama waktu malam, namun ia tidak bagi sesetengah yang pernah merasai pengalaman tersebut.

Bagi seorang pesara tentera Abd Samat Lebai Husin,64 yang sering kali menjadikan laluan Jalan Sungai Ular untuk berulang alik dari Kulim ke Perak sejak sejak 10 tahun lalu, dia sering menemui kelibat mistik.

Katanya, jarak perjalanannya dari kampung halaman di Perak ke Kulim mengambil masa hampir empat jam jika memandu dalam kelajuan sederhana.

“Saya sering berulang alik dari kampung di waktu malam untuk pulang ke rumah di Kulim. Jika bertolak dari sana jam 10 malam melalui jalan Serdang dan Sungai Ular ini akan makan masa hampir empat jam.

“Jadi saya sudah beberapa kali terserempak dengan lembaga yang saya percayai pontianak melintas jalan sekilas lalu,”katanya.

Katanya, kerana sering berwaspada ketika melalui jalan itu perasaan gemuruh dapat dikawal apabila terserempak kelibat mistik itu.

“Selalu sampai di kawasan ini, dekat Taman Seri Mahkota itu pada tengah malam atau awal pagi, saya akan berwaspada dan mengambil langkah memperlahankan kenderaan.

“Di sini saya pernah nampak kelibat perempuan berambut panjang berpakaian lusuh sedang menangis membawa anak melintas jalan.

Terketar seluruh badan ketika pertama kali berjumpa.

“Nasib baik juga hantu itu tak berhenti depan kenderaan saya, kalau tak mahu saya pecut dan sebab itu lah kemalangan banyak berlaku di sini,”katanya.

No comments:

Post a Comment