ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENIPUAN JUAL BELI BARANG RAMPASAN

Monday, 8 February 2016

PENIPUAN JUAL BELI BARANG RAMPASAN



PENIPUAN JUAL BELI BARANG RAMPASAN : Elakkan dari menjadi mangsa !!!

PDRM menasihati orang ramai terutamanya para pelajar/ golongan belia agar berwaspada dengan individu/sindiket yang menghebahkan tawaran barangan rampasan dengan harga murah yang kononnya diperoleh dari agensi-agensi kerajaan.

Antara modus operandi yang digunakan oleh suspek untuk memperdaya mangsa adalah dengan menghantar sms/ whatsapp/membuat panggilan telefon dan menawarkan penjualan barang rampasan seperti TV, laptop, telefon bimbit berjenama, kamera digital dan lain-lain dengan harga yang sangat murah dan tidak masuk akal. Mangsa yang terpedaya dengan tawaran itu akan memindahkan sejumlah wang ke akaun suspek sebagai bayaran pendahuluan sebelum suspek menghilangkan diri dan gagal dihubungi.

Nasihat PDRM:
- Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan dahulu dengan agensi yang menawarkan tawaran jualan barangan murah.
- Jangan sesekali memasukkan wang ke mana-mana akaun sebelum membuat semakan terlebih dahulu.
- Jangan mudah mempercayai maklumat yang disebarkan melalui sms/ whatsapp dan media sosial tanpa usul periksa.
- Sentiasa membuat semakan tentang kes-kes penipuan atas talian yang telah berlaku dalam negara di internet.

No comments:

Post a Comment