ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MESYUARAT EXCO KEDAH PADA SELASA DITANGGUH !!!

Tuesday 2 February 2016

MESYUARAT EXCO KEDAH PADA SELASA DITANGGUH !!!



ALOR SETAR: Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah yang sepatut diadakan pada Selasa, telah ditangguhkan.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Mohd Fisol Jaafar tetapi beliau tidak mengulas lanjut atau menyatakan sebab mesyuarat itu ditangguhkan.

"Ditangguh," katanya ketika dihubungi menerusi Whatsapp Selasa malam.

Rabu lepas, mesyuarat Exco kerajaan negeri hanya dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan tiga Exco iaitu Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaacob dan Datuk Norsabrina Mohd Noor.

Ketidakhadiran enam lagi Exco dipercayai ada kaitan dengan krisis politik di negeri ini yang membabitkan kedudukan Mukhriz.

Difahamkan, mesyuarat Exco memerlukan kehadiran sekurang-kurangnya empat orang Exco bagi mengesahkan perkara yang dibincangkan.

Baru-baru ini, para pemimpin Umno Kedah yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besardan pengerusi badan perhubungan Umno negeri.

-Bernama

No comments:

Post a Comment