ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GARA-GARA BUNYIKAN HON KERETA, GADIS NYARIS KENA KAPAK !!!

Thursday 18 February 2016

GARA-GARA BUNYIKAN HON KERETA, GADIS NYARIS KENA KAPAK !!!


Seremban – Gara-gara tindakan menegur seorang pemandu lain dengan membunyikan hon kereta seorang gadis terkejut apabila hampir dicederakan mengunakan sebilah kapak.

Gadis yang dikenali sebagai Nyegina Zura itu mendakwa, ketika kejadian lelaki yang berumur sekitar 30an itu sedang leka mengunakan telefon bimbit sehingga menggangu pengguna jalanraya yang lain.

“Perhatian warga Seremban, N9. Assalamualikum, minta berhati -hati dgn lelaki ini. Kena hon sbb dia leka main hp lampu hijau x jalan, terus ajak turun gaduh rupanya nk libas kapak.

“Setahu saya mmg menjadi kesalahan bawa senjata dlm kereta. Moga kita semua dilindungi olehNya. Terima kasih admin” katanya melalui satu pesanab pendek yang dikirimkan kepada SuaraTV.


Lelaki terbabit dilihat memandu kereta saga berwarna putih.

SuaraTV sedang cuba menghubungi pihak ibupejabat Polis Daerah Seremban bagi mendapatkan pengesahan berhubung insiden ini. 

SuaraTV

No comments:

Post a Comment