ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: @PDRMsia TERENGGANU BURU 14 SUSPEK KES JENAYAH (12 GAMBAR)

Monday 1 February 2016

@PDRMsia TERENGGANU BURU 14 SUSPEK KES JENAYAH (12 GAMBAR)


Kuala Terengganu – YDH ACP Wan Abd Aziz bin Wan Hamzah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM Kontinjen Terengganu telah mengadakan sidang media, pada 31 Januari 2016 (Ahad) bertempat dibilik mesyuarat JSJ IPK Terengganu. Hadir sama SUPT Chan Kuang Yu, Timbalan KJSJ, dan  ASP Mohamed Kamil bin Abdul Jalil, Pegawai Turus D7 Kontinjen Terengganu. 

 Sidang media ini diadakan ekoran kes-kes berkaitan dengan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan khususnya kes tetak semakin menjadi-jadi. Kes disiasat dibawah Seksyen 324, 326 dan 506 Kanun Keseksaan.  Bagi bulan Januari 2016 ini sahaja sebanyak 9 kes telah dilaporkan. Kebanyakan kes berpunca daripada rasa dendam dan tidak puas hati di dalam masalah hutang terutama melibatkan kegiatan pengedaran dadah.

Polis Kontinjen Terengganu ingin memohon kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis sehingga tertangkapnya suspek yang dikehendaki ini. Seramai 14 orang suspek yang dikehendaki dan dipercayai boleh menyelesaikan kes-kes jenayah kekerasan yang masih dalam siasatan polis dari tahun 2013 hingga Januari 2016.  Suspek-suspek tersebut berumur dalam lingkungan 20 an hingga 40 an. Maklumat boleh disampaikan terus kepada ASP Mohamed Kamil  melalui talian telefon 017-5191964. Orang ramai tidak perlu bimbang untuk menyalurkan maklumat berkaitan kerana pihak polis memberi  jaminan bahawa identiti pemberi maklumat  akan dirahsiakan demi keselamatan mereka.


No comments:

Post a Comment