ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KERETA BMW SERIES TIBA-TIBA TERBAKAR

Thursday 11 February 2016

KERETA BMW SERIES TIBA-TIBA TERBAKAR


TANAH MERAH - Sebuah kereta mewah jenis BMW 5 Series dipandu seorang lelaki musnah apabila tiba-tiba terbakar di Felda Kemahang 3 di Gugusan Felda Kemahang, dekat sini, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Hanaffi Mohd berkata, sebuah jentera bersama lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.51 tengah hari.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian pada jam 1.22 petang, kereta berkenaan sudah 100 peratus musnah.

"Anggota berjaya mengawal api dalam masa empat minit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 1.34 petang, manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu difahamkan, kejadian dikatakan berlaku ketika pemandu dan isterinya dari Pasir Puteh dalam perjalanan ke tempat kenduri kahwin di rumah sepupu mereka di Kemahang 3.
SH

No comments:

Post a Comment