ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: OH ABU TAKER !!! BERUK TERLATIH DIALEK KELANTAN BELAJAR LOGHAT NEGERI 9 SELEPAS TUKAR TUAN

Saturday 13 February 2016

OH ABU TAKER !!! BERUK TERLATIH DIALEK KELANTAN BELAJAR LOGHAT NEGERI 9 SELEPAS TUKAR TUAN

Melucukan apabila seorang lelaki perlu melatih beruk belaannya menggunakan loghat Negeri Sembilan bagi memudahkannya menuruti arahan ketika memanjat pokok kelapa.
Ini berikutan beruk milik Khairuddin Abas, 46, dari Kampung Sungai Jelutong, Kuala Pilah itu sebenarnya pemberian seorang rakan dari Kelantan yang sudah terlatih dengan loghat negeri di pantai timur.
“Bunyinya melucukan, tetapi itulah perkara saya lakukan selama sebulan kerana beruk itu tidak faham loghat Negeri Sembilan.
“Ternyata beruk mempunyai ingatan kuat apabila boleh mendengar arahan tuan barunya.
“Sebelum ini, beruk berkenaan dilatih semula dengan loghat Negeri Sembilan berikutan sudah biasa mendengar loghat Kelantan yang diajar tuannya sebelum ini.

No comments:

Post a Comment