ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 5 GAMBAR : IKAN PAUS SEBERAT 15 TAN DITEMUI MATI DI BATU PAHAT

Thursday 11 February 2016

5 GAMBAR : IKAN PAUS SEBERAT 15 TAN DITEMUI MATI DI BATU PAHAT


Paus yang ditemui mati di muara Sungai Sarang Buaya, Semerah dekat Batu Pahat, di sini, merupakan paus jantan dewasa daripada spesies Sei atau nama saintifiknya Balaenoptera Borealis.

Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), Rantau Abang, Terengganu, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata paus berukuran 12 meter panjang dan seberat 15 tan itu juga merupakan spesies terancam yang disenaraikan Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).

"Paus ini berkemungkinan mengalami gangguan emosi selepas terpisah daripada kumpulannya dan kemudian terdampar di Pantai Rambah, dekat Pontian, dua hari lepas.

"Berkemungkinan organ dalamannya sudah mengalami kerosakan selepas terdampar di Pontian yang kemudiannya menyebabkan mamalia itu bertindak membunuh diri walaupun sudah dilepaskan ke laut," katanya kepada pemberita di Jeti Pejabat Perikanan Batu Pahat, hari ini.





No comments:

Post a Comment