ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TIADA AHLI AMANAH KELUAR PARTI !!!

Tuesday 16 February 2016

TIADA AHLI AMANAH KELUAR PARTI !!!


Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengesahkan tiada ahli parti itu yang keluar untuk menyertai Pas.

Pengerusinya, Asmuni Awi berkata, situasi tersebut tidak berlaku di negeri ini malah ramai ahli Pas yang menyertai Amanah.

Menurutnya, pihaknya masih mengemas kini semua pendaftaran ahli memandangkan ia mengambil sedikit masa untuk dilakukan.

“Buat masa ini, ahli yang berjaya didaftarkan hampir 3,000 orang di seluruh negeri. Kita melakukan pendaftaran melalui atas talian jadi ia mengambil sedikit masa,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran ramai penyokong ketika sambutan Tahun Baharu Cina Pakatan Harapan di Taiping Sabtu lalu menunjukkan sokongan tanpa berbelah bahagi rakyat kepada Amanah.

Amanah Perak turut melancarkan Pakatan Harapan di Pasir Salak kelmarin, seiring usaha mengembangkan parti baharu di kubu kuat lawan.

Selain Asmuni yang sebelum ini memegang jawatan sebagai bendahari Pas Pusat, seorang lagi nama besar dalam Pas iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut menyertai parti Amanah.

No comments:

Post a Comment