ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: INILAH JERSI TERBARU PASUKAN KELANTAN !!!

Friday 12 February 2016

INILAH JERSI TERBARU PASUKAN KELANTAN !!!


KOTA BHARU : Inilah jersi terbaru pasukan Kelantan yang dinanti-nantikan penyokong skuad itu, selepas ia menjadi bualan ramai apabila menerima penajaan besar daripada jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

Empat jersi yang dikatakan mempunyai kelebihan dari segi kesihatan itu diperkenalkan kepada umum sebentar tadi dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC), Kota Bharu.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida yakin jersi tersebut bukan sahaja hanya mempamerkan rekaan menarik semata-mata, tetapi berfungsi menguruskan dan memutihkan badan si pemakainya.

Datuk Seri Vida yang juga Pengasas Vida Beauty Qu Putih dan Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjelaskan jersi itu menggunakan benang yang direka khas untuk tujuan berkenaan.

Benang istimewa itu dikilangkan di tiga negara iaitu China, Thailand dan Vietnam dengan menggunakan teknologi terkini.

Selain melancarkan perjalanan darah, proses pengeringan peluh akan menjadikan kulit putih seolah-olah baharu selesai sauna. Itu antara keistimewaan jersi itu!

Daripada empat rekaan, jersi merah-putih serta merah jambu-putih akan digunakan bagi perlawanan di laman sendiri, manakala warna merah jambu-hitam dan biru-putih akan digunakan untuk aksi di tempat lawan.

Dengan menggunakan jenama DRV, keempat-empat variasi jersi tersebut dikeluarkan dua versi iaitu 'versi eksklusif dan 'versi penyokong' dengan pengeluaran permulaan sebanyak 20,000 helai.

Selepas menerima penjaan besar daripada Datuk Seri Vida, skuad The Red Warriors itu kini turut dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
 ASTRO ARENA

No comments:

Post a Comment