ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GOL FAIZ SUBRI JADI PERHATIAN DUNIA !!!

Wednesday 17 February 2016

GOL FAIZ SUBRI JADI PERHATIAN DUNIA !!!

Seorang pemain bola sepak dari Malaysia berpeluang mencalonkan dirinya ke Anugerah Puskas tahun ini selepas menjaringkan gol unik menerusi sepakan percuma.
Malah dia juga dilapor bakal menjadi pencabar kepada gol unik yang dihasilkan bintang bola sepak dunia, Lionel Messi
Gol yang menjadi perhatian dunia itu dihasilkan oleh pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri ketika menentang Pahang pada malam selasa.
Keunikkan jaringan tersebut telah disamakan dengan sepakan percuma yang disempurnakan oleh legenda pertahanan Brazil, Roberto Carlos.
Sepakan dari jarak 30 meter itu dikatakan unik apabila ia melencong dari kiri ke kanan gol lawan sebelum menerjah ke gawang.
Gol tersebut turut menjadi berita di beberapa portal sukan dunia dan laman sosial.

No comments:

Post a Comment