ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MUKHRIZ MAHATHIR HILANG SOKONGAN MAJORITI : BERSETUJU LETAK JAWATAN ESOK !!!

Wednesday 3 February 2016

MUKHRIZ MAHATHIR HILANG SOKONGAN MAJORITI : BERSETUJU LETAK JAWATAN ESOK !!!


Alor Setar – Datuk Seri Mukhriz Mahathir akhirnya akur untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar setelah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (Adun).

Menurut sumber SuaraTV yang rapat dengan pejabat Barisan Nasional (BN) Kedah, anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati dengan kenyataan semua Adun yang ditemui.

“Petang tadi ahli-ahli Jemaah (Pemangku Sultan Kedah) berpuas hati dengan kenyataan semua Adun yang dipanggil mengadap.

“Majoriti yang ditemui mengakui hilang kepercayaan dengan kepimpinan Mukhriz dan menegaskan kenyataan tersebut dibuat secara sukarela tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak” katanya yang enggan mendedahkan identiti kepada SuaraTV sebentar tadi.

Sumber tersebut turut menjelaskan Mukhriz telah memanggil semua para pegawainya untuk menjelaskan mengenai perkara tersebut.

“Ketika ini Mukhriz sedang mengadakan satu mesyuarat tertutup bersama para pegawainya di kediaman rasmi menteri besar di Sri Mentaloon untuk memaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Saya juga difahamkan Mukhriz akan mengadakan satu sidang media khas esok bagi mengumumkan mengenai perletakkan jawatannya esok pada jam 10.00 pagi” ujarnya lagi.

Sementara salah seorang pegawai kepada Mukhriz enggan mengulas lanjut namun tidak menafikan laporan tersebut.

“Kami tak nafikan namun buat masa ini enggan memberikan sebarang komen.

“Apa yang saya boleh katakan, kami sekarang dalam perjalanan menuju ke rumah Datuk Seri (Mukhriz) untuk memberikan sokongan moral terhadap beliau” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment