ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: NASIHAT HADI KEPADA ZAMIHAN, DR ASRI

Tuesday 9 February 2016

NASIHAT HADI KEPADA ZAMIHAN, DR ASRI


Debat antara Dr. Zamihan Mat Zain dan Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengundang reaksi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sejak minggu lepas Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Mufti Perlis itu dijangka akan 'berdebat' kerana mendakwa masing-masing menuduh Wahabi dan Syiah sesama sendiri.
"Setiap pihak perlu mengetahui terlebih dahulu tujuan penganjuran debat yang bakal diadakan bagi menggelakkan berlakunya salah faham.
"Jika dalam sesi berkenaan setiap pihak hanya berdebat untuk mencari kemenangan, ia merupakan satu tindakan yang sia-sia memandangkan tiada istilah berkenaan dalam isu keagamaan.
“Kalau sekadar semata-mata nak nyatakan pendapat, tak perlu debat. Benda khilaf ini takkan selesai kerana melalui debat mereka hanya nyatakan pandangan masing-masing," katanya semasa berucap di Kuliah Dhuha, Masjid Rusila di Terengganu baru-baru ini.
Menurut Abdul Hadi, sesama Islam perlu merendah diri dengan orang Islam tetapi perlu tegas dan berani dengan orang kafir.
"Orang Islam perlu merendah diri sesama orang Islam walaupun berbeza pendapat dan masing-masing perlu bersabar," jelasnya lagi.
Sambil mengambil teladan kisah Imam As Syafie ketika solat di Iraq, beliau berkata, Syafie tidak membaca qunut dan tidak sujud sahwi dalam solatnya bagi menghormati Imam Ahmad Hanbal (pengasas Mazhab Hambali).
"(Tetapi) Orang Islam sekarang sibuk berbalah dengan wahabi lawan sunni lawan syiah sedangkan perbalahan inilah yang membuka ruang kepada orang kafir untuk menghancurkan orang Islam daripada dalam kerana mereka tak hendak orang Islam bersatu," katanya.
MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment