ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENJELASAN TABUNG HAJI MENGENAI DAKWAAN RUGI KERANA PELABURAN DALAM FGV

Thursday 18 February 2016

PENJELASAN TABUNG HAJI MENGENAI DAKWAAN RUGI KERANA PELABURAN DALAM FGV


Tabung Haji hari ini mengeluarkan kenyataan menjawab dakwaan Ahli Parlimen PKR Pandan,Rafizi Ramli bahawa ia telah mengalami kerugian ‘atas kertas’ sebanyak RM933 juta akibat pelaburan dalam Felda Global Ventures (FGV).

Katanya para pendeposit tidak perlu bimbang kerana wang mereka di TH tidak hilang seperti yang diuar-uarkan kerana simpanan mereka di TH adalah dijamin.

Menurut kenyataan itu bahawa pelaburan TH dalam saham FGV adalah pelaburan strategik jangka panjang didalam salah satu sektor pelaburan terasnya.

“Seperti sedia maklum, pasaran harga komoditi minyak sawit dunia telah mencatat penurunan yang drastik. Ini menyebabkan syarikat berasaskan komoditi terjejas secara langsung dan memberi kesan negatif kepada kaunter-kaunter sektor perladangan.

“Kejatuhan harga komoditi dunia adalah diluar kawalan kerana ia ditentukan oleh kuasa pasaran yang sedia ada. Justeru, para pendeposit tidak perlu bimbang kerana wang mereka di TH tidak hilang seperti yang diuar-uarkan kerana simpanan mereka di TH adalah dijamin,”katanya.

Rafizi menerusi facebooknya kelmarin antara lain mempersoalkan mengapa TH tidak mengecilkan pelaburannya dalam FGV seperti dilakukan oleh institusi pelaburan kerajaan lain.
AD

No comments:

Post a Comment