ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TELITI SEMULA TUDUHAN KAFIRKAN UMAT ISLAM

Thursday 11 February 2016

TELITI SEMULA TUDUHAN KAFIRKAN UMAT ISLAM

Tuduhan mengkafirkan umat Islam yang dikaitkan dengan penceramah yang dilarang berceramah atau mengajar agama di Johor perlu diteliti semula, kata Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Beliau yang merupakan antara 16 penceramah terbabit berkata, tuduhan mengkafirkan umat Islam itu perkara berat.

“Soal tuduhan yang dikeluarkan, ada wujud ketidakadilan, sama ada salah faham atau salah dapat maklumat, saya pun tidak tahu.

“Sebahagian ustaz diharamkan itu dikaitkan dengan mengkafirkan umat Islam. Ini benda berat. Saya rasa exco agama yang menyebut benda ini perlu meneliti semula.

“Saya difahamkan ada sebahagian mereka ini mahu mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, soal pandangan lain itu sangat ranting, yang mana video yang tersebar itu bukan berlaku di Johor.

“Mungkin dimuat naik di laman YouTube, lalu tersebar. Video yang beberapa tahun lepas masih lagi dijadikan hujah tuduhan mengkafirkan umat,” katanya.

Katanya, soal tidak memberi keizinan itu tidak menjadi masalah.

“Bukan soal tidak izin. Itu kuasa penuh kerajaan negeri. (Ia) ada hak untuk melarang atau tidak memberi keizinan kepada mana-mana pihak mengajar (dan) memberi ceramah agama di Johor,” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment