ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 20 TAHUN PETRONAS SATUKAN RAKYAT MALAYSIA MELALUI IKLAN !!!

Tuesday, 2 February 2016

20 TAHUN PETRONAS SATUKAN RAKYAT MALAYSIA MELALUI IKLAN !!!


"APA salahnya kasut saya buatan Gombak?," ujar seorang pemuda yang merasakan kekurangan dirinya kerana memakai kasut buatan Gombak.

"Tak salah... kasut buatan Gombakkan bagus", jawab seorang wanita  sambil menunjukkan kasut yang dipakainya juga adalah buatan Gombak.

Mengingati dialog daripada iklan sempena hari kemerdekaan yang cukup menarik dan bermakna sekitar tahun 1998 itu, tidak dapat lari daripada membayangkan imej syarikat Petroliam Nasional Berhad atau Petronas.

Ia merupakan antara iklan televisyen terawal syarikat petroleum negara itu yang masih melekat dalam ingatan kita.

Iklan yang bertajuk Hero Tempatan (Local Hero) itu diterbitkan ketika negara bergelut dengan krisis kewangan. Ia membawa masej agar kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dimiliki dan beralih kepada produk tempatan.

Petronas memulakan iklan televisyen yang berjiwa Malaysia dengan menerapkan nilai-nilai murni yang cukup sinonim dengan masyarakat sejak tahun 1996.

Kini, setelah 20 tahun, syarikat petroleum negara itu tidak pernah gagal menghidangkan sesuatu yang sangat dekat dengan kita hingga kemunculannya sentiasa dinantikan terutama ketika sambutan hari kemerdekaan dan sambutan perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina mahupun Deepavali.

No comments:

Post a Comment